Ekonomi Ciku

Analisa ekonomi penanaman ciku menunjukkan pokok ciku mula berhasil pada tahun ke 3 sebanyak 1,200 kg sehektar meningkat kepada 40,000 kg sehektar pada umur lebih 20 tahun. Dengan purata harga ladang RM 1.00 sekilogram petani akan dapat pulang balik midal pada tahun ke 8 penanaman. Nilai kini bersih projek ciku sekitar RM 41,000 dengan kadar pulangan dalam (IRR) sebanyak 24%. Nilai kadar faedah kos projek ciku (BC Ratio) pula adalah sebanyak RM 1.95 iaitu nilai positif yang menguntungkan. Kepada mereka yang ingin menceburi penanaman ciku perlu tahu teknologi penanaman ciku sehingga mampu memasarkannya. Penanam ciku kena banyak bersabar kerana pokok ciku memang lambat membesar tetapi apabila pokok sudah cukup matang kerjanya adalah menuai hasil sahaja. Potensi ciku masih besar di Malaysia.

Kajian mendapati keluasan tanaman ciku di Malaysia pada tahun 2010 adalah sebanyak 1,115 hektar dengan hanya sekitar 515 hektar sahaja yang menghasilkan buah. Sebanyak 6,050 metrik tan ciku dihasilkan pada tahun 2010 yang bernilai sekitar RM 18,149,940 (atau mudahnya disebut RM 18.1 juta). Anggaran purata hasil tanaman ciku di Malaysia adalah sebanyak 11.7 mertik tan sehektar. Tanaman ciku banyak di Pahang (226 hektar), Johor (176 ha), Kelantan (173 ha), Terengganu (145 ha), Selangor (104 ha) dan Kedah (128 ha). Lain-lain negeri menanam ciku kurang dari 100 hektar. Pasaran ciku kebanyakannya adalah untuk pasaran domestik sahaja walau pun ada sebahagian kecil yang diekspot ke Singapura dan Brunei.

Rujukan

WikiPedia: Ciku http://www.ars-grin.gov/cgi-bin/npgs/html/taxon.pl... http://agrolink.moa.my/doa/bdc/fruits/ciku/ciku.ht... http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a72786... http://www.worldagroforestrycentre.org/sea/Product... https://books.google.com.my/books?id=_a9EAAAAQBAJ&... https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=sauh https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=sawo https://archive.org/details/aeg2034.0001.001.umich... https://www.proseanet.org/prosea/e-prosea_detail.p... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Manilk...