Cili
Cili

Cili

Capsicum annuum
Capsicum frutescens
Capsicum chinense
Capsicum pubescens
Capsicum baccatumCili (nama saintifik Capsicum spp.) ialah sejenis sayuran berbuah daripada keluarga Solanaceae. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan dan telah ditanam secara meluas serata dunia terutamanya kawasan beriklim tropika. Ia terdiri daripada pelbagai spesis dan varieti. Namanya berasal dari bahasa Nahuatl melalui terbitan perkataan bahasa Sepanyol Chile. Ia juga dikenali sebagai lada (Malaysia Pantai Timur) dan cabai (Malaysia Utara) serta meriam lada secupak[1].Nama Lada juga merupakan asas kepada nama rempah lada hitam dan lada putih kerana rasa pedasnya, walaupun ia adalah spesis yang berlainan sama sekali.Di Malaysia, kebanyakan cili ditanam di kawasan tanah rendah.