Cinta_Dari_Marikh

Cinta Dari Marikh merupakan sebuah siri drama komedi romantik fantasi Malaysia 2015 arahan Syafiq Yusof terbitan Skop Productions untuk siaran menerusi Slot Selekta Prima di TV2 yang bersiaran dari 30 November 2015 hingga 23 Mei 2016, dibintangi oleh Fattah Amin dan Chacha Maembong. Ia mengisahkan tentang Aiman, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan makhluk asing dari Planet Marikh.[1]Ia merupakan salah satu daripada lima drama terbitan Skop Productions yang diterbitkan dalam format definisi tinggi bersama-sama dengan Metro Skuad, Gerak Khas, Roda-Roda Kuala Lumpur dan Evolusi KL Drift: The Series.