Pengiklanan Coca-Cola

Pelbagai jenis bentuk dan saiz botol. Direka bentuk supaya dapat dikecam sejagat, dan telah ditanda dagangkan.

Pengiklanan Coca-Cola membawa kesan yang utama terhadap kebudayaan Amerika, dan sering diberi penghargaan kerana merekacipta imej moden Santa Claus sebagai orang tua yang berpakaian merah dan putih; bagaimanapun, imej itu memang telah pun menjadi biasa sebelum Coca-Cola memulakan promosi imej itu pada tahun-tahun 1930-an dalam kempen-kempen pengiklanan musim sejuknya. Pada 1970-an, sebuah lagu daripada iklan Coca-Cola berjudul "Aku Ingin Mengajari Dunia Bernyanyi" ("I'd Like to Teach the World to Sing"), yang digubah oleh Roquel Billy Davis, menjadi lagu single yang disuka ramai, tetapi tiada buktinya bahawa jumlah jualan minumannya bertambah.

Pengiklanan Coke merebak kerana salah satu daripada matlamat Woodruff adalah untuk memastikan bahawa setiap orang di Bumi minum Coca-Cola sebagai minuman pilihannya. Pengiklanan Coke hampir sentiasa ada, khususnya di kawasan-kawasan selatan Amerika Utara, seperti Atlanta yang merupakan tempat asal Coke.

Cogan kata pengiklanan Coca Cola telah banyak kali ditukar dalam sejarah panjangnya, termasuk"Berhenti sejenak yang menyegarkan" ("The pause that refreshes"), "Aku ingin membelikan dunia sebotol Coke" ("I'd like to buy the world a Coke"), "Coke ialah itu" ("Coke is it"), dan banyak lagi.