Sejarah Colt_M16

Asas

M16 digunakan sebagai percubaan utama pada tahun 1964 oleh Tentera Udara Amerika (USAF). Tentera darat Amerika mula menggunakan XM16E1 pada 1965 semasa kempen di Vietnam. Tentera Marin Amerika juga menggunakan sistem ini semasa kempen tersebut. XM16E1 adalah raifal utama yang kemudiannya dikenali sebagai M16A1 pada tahun 1967. Versi ini dijadikan raifal utama infantri oleh seluruh unit ketenteraan Amerika military mulai tahun 1967 hingga 1980an, apabila digantikan dengan M16A2.

M16A3 adalah raifal versi semburan automatik penuh seperti M16A1, yang dibekalkan kepada tentera laut Amerika. M16A2, yang direka pada tahun 1980, menjadi pemangkin utama kepada penciptaan versi M16A4, yang di sokong dengan sistem flattop receiver direka untuk sistem M4, dan sistem landasan Picatinny. Kesemua versi senjata ini masih menggunakan udi tetap dan digunakan oleh National Guard di Amerika dan juga tentera udara Amerika.

Projek SALVO

Raifal M16A2E3 dengan menggunakan pejera teleskopik, bipod, landasan Picatinny dan pelenyap bunyi yang menjadikannya selaras senjata penembak tepat yang paling ringan berbanding raifal penembak hendap yang lain.

Pada tahun 1948, tentera darat Amerika Syarikat telah menubuhkan Operations Research Office atau Badan Kajian Operasi. Salah satu kajian pertama mereka ialah menganalisis lebih dari tiga juta laporan medan Perang Dunia Kedua. Hasil siasatan yang mereka perolehi adalah bahawa sebahagian besar pertempuran terjadi pada jarak dekat. Ketika perang pada mobiliti yang tinggi, anggota-anggota tempur seringkali dengan menemui musuh secara tiba-tiba, dan pihak yang memiliki kemampuan menembak yang paling banyak adalah antara yang berjaya. Mereka juga menemui satu kemungkinan tertembak pada pertempuran yang membidik secara tidak tepat, kerana sasaran tidak kena pada kedudukannya. Selain itu, peluru yang berkaliber besar yang digunakan pada submesingan atau mesingan ringan pada ketika itu tidak sesuai kerena terlalu besar dan berat, yang memerlukan peluru berkaliber yang lebih kecil tetapi berkuasa tinggi.

Kajian ini dibuat oleh Kolonel René Studler, Ketua Pengkajian dan Pembangunan Senjata Ringan Tentera Amerika. Kolonel Studler telah mengemukakan permohonan kepada Aberdeen Proving Ground untuk membuat laporan berkaitan peluru yang berkaliber lebih kecil. Satu pasukan yang diketuai oleh Donald Hall, pengarah pembangunan di Aberdeen, mengemukakan laporan bahawa peluru berukuran 0.22 inci (5.59 mm) mempunyai kesan yang seakan sama dengan peluru berkaliber besar didalam pertempuran. Anggotanya, iaitu William C. Davis Jr. dan G.A. Gustafson mula mencipta peluru 0.224 inci (5.69 mm) sebagai percubaan utama mereka. Tetapi pada tahun 1955, permintaan mereka ditolak.

Satu kajian terbaru, iaitu Projek SALVO dibuat bagi merancang untuk mencipta senjata yang sesuai digunakan pada pertempuran sebenar. Projek SALVO dijalankan pada tahun 1953 hingga 1957 dengan melalui dua fasa. SALVO Fasa Pertama mengesahkan bahawa selaras senjata yang boleh menembak empat peluru ke sasaran sejauh 0.5 meter mampu melipatgandakan kuasa berkemungkinan boleh mengenai tepat pada senjata separa automatik.

Projek SALVO Fasa Kedua, dijalankan dengan melakukan ujian terhadap konsep senjata. Irwin Barr dari AAI Corporation telah memperkenalkan siri senjata dengan peluru yang menyerupai duri tajam atau damak, bermula daripada peluru senapang patah berisi 32 batang damak, hingga kepada senjata "damak". Winchester dan Springfield memperkenalkan senjata dengan sistem multi-barrels, dan ORO memperkenalkan peluru .308 Winchester atau .30-06, yang berisi dua butir peluru berkaliber .22, .25 atau .27.

Eugene Stoner

Pada tahun 1954, syarikat persenjataan Eugene Stoner, ArmaLite, merekacipta selaras senjata yang dikenali sebagai AR-10. AR-10 adalah antara raifal tercanggih berbanding dengan raifal dengan yang lain. Dengan seberat 900 gram, ia lebih ringan dan ketepatannya juga tidak boleh dipertikaikan. Namun, senjata ini telah dihantar untuk uji nilai yang dijalankan pada tahun 1956, dan pada ketika itu, ujian terhadap sistem persenjataan yang lain telah memasuki tahun yang ke-2, dan AR-10 adalah raifal terbaru selain yang sudah dibekalkan. Dan pada tahun 1957 dalam ujian ini, laras percubaab AR-10 telah pecah, ini secara tidak langsung telah mengakibatkan AR-10 dibatalkan. Hinggalah raifal yang diterima di dalam rancangan T44, yang diberi nama sebagai M14. Sungguhpun begitu, ArmaLite bakal akan mencipta raifal baru yang dicipta berdasarkan model AR-10 tersebut.

CONARC

Pada tahun 1957, salinan terhadap permintaan dana pada tahun 1955 Gustafson telah sampai ke tangan Jeneral Willard Wyman, komander U.S. Continental Army Command atau CONARC. Beliau kemudiannya membentuk satu pasukan untuk membangunkan peluru berkaliber .22 (5.6 mm).

Jeneral Wyman yang dahulunya kagum dengan ujian ke atas AR-10, telah menyarankan ArmaLite agar mengikuti tender persenjataan raifal yang menggunakan peluru 5.56 mm. Rancangan yang diserahkan kepada ArmaLite telah membawa kepada penciptaan AR-15 yang menyerupai AR-10 yang telah disesuaikan dan dikecilkan ukurannya. Rancangan Winchester pula dijalankan berdasarkan asas kepada M1 Carbine, dan Springfield tidak mengikuti rancangan mereka, kerana tidak mahu mengalihkan sumber dari projek asal T44. Sehinggalah, AR-15 memenangi semua kontrak rancangan yang lain.

Pada ketika itu, anak syarikat ArmaLite iaitu Fairchild, telah menghabiskan wang $1.45 juta Dollar untuk membangunkan persenjataan yang baru, dan ini telah mengakibatkan Fairchild mengalami kerugian dan dihentikan perkhidmatannya dari industri persenjataan ringan. Syarikat Fairchild telah dijual kepada Colt Firearms pada bulan Disember 1959, dengan bayaran sebanyak $75.000 tunai dan 4,5% sebagai royalti.

Penggunaan M16

Pada bulan November 1964, tentera infantri Amerika Serikat telah memesan sejumlah 85,000 laras AR-15 yang diubahsuai, dan dikenali sebagai XM16E1 untuk ujian penggunaan. Tentera udara Amerika turut memesan 19,000 laras yang tidak diubahsuai, dikenali sebagai M16. Dan setahun kemudiannya tentera udara telah menerima M16 pertama dengan secara rasmi.

Setelah itu pihak infantri Amerika mula dilengkapi dengan raifal XM16E1 (dikenali sebagai M16), tetapi ia dibekalkan tanpa peralatan membersih. Selain itu, infantri Amerika juga gagal mencipta produk terbaru peluru 5.56 mm yang sesuai mengikut spesifikasi, ditambah pula dengan perubahan komposisi yang digunakan. Amunisi 5.56 mm yang terbaru ini ternyata boleh mendatangkan kerosakan pada alat kerja senjata, dan belerang atau ubat bedil yang digunakan dalam peluru M16 juga “kotor” dan memburukkan keadaan, misalnya halangan dalam senjata.

Pada tahun 1966, XM16E1 telah dibekalkan kepada infantri Amerika ketika kempen di Vietnam, dan ini telah mendorong kepada banyak laporan-laporan berkenaan kerosakan dan halangan senjata M16. Berbanding M14 yang mempunyai laras dan kurung peluru yang disaluti dengan krom, M16/XM16E1 tidak dilapisi. Dengan laporan-laporan berkenaan anggota tentera yang terbunuh dan cedera serta kegagalan misi mereka di Vietnam disebabkan kerosakan senjata, satu siasatan khas telah dijalankan oleh Kongres, dan akhirnya mempersoalkan kemampuan senjata dan peluru 5.56 mm. Hasil siasatan yang diperolehi, M16 seringkali mengalami masalah halangan dalam senjata (stoppages) dan perlu diperbaiki. Masalah ini dapat dikesan bahawa senjata M16 tidak perlu dicuci seperti senjata M-14. Ini kerana, belerang yang digunakan sebagai ubat bedil peluru mengeluarkan asap yang banyak dan ia mampu menghasilkan karbon hitam yang boleh menjadikan senjata ini boleh mengalami hentian dalam senjata.

Atas siasatan khas itu, XM16E1 lalu diubahsuai menjadi M16A1, masalah halangan dalam senjata dapat diatasi dengan menukarkan belerang yang lebih bermutu dan latihan pengendalian senjata yang betul kepada pasukan bersenjata di medan tempur. Ruang atau kurung peluru (firing chamber) disadur dengan krom untuk mengurangkan kotoran. Selepas masalah-masalah ini diatasi dan pengendali yang mengendalikan M16 ini dengan betul, senjata ini berfungsi dengan baik sepertimana yang diharap-harapkan dan terus digunakan sehingga kini. Versi terbaru adalah jenis karbin M-4.