Pengguna Colt_M16

M16 adalah antara raifal berkaliber 5.56 x 45 mm yang telah dibekalkan keseluruh dunia. Kini, sistem M16/M4 telah digunakan oleh 15 negara NATO dan 80 buah negara yang lain. Hari ini, AS and Kanada (dikenali sebagai C7) telah membekalkan sebanyak 8,000,000 unit termasuk 90% yang masih beroperasi . Antara pasukan elit yang menggunakan versi M16 tersebut ialah seperti Special Air Service (British, Australia, New Zealand), Marine Commando Force (India), Kopassus, Kopaska, Kopaskhas, Brimob (Indonesia) dan banyak lagi.

Dalam perkhidmatan di Amerika, M16 telah menggantikan raifal M14 dan karbin M1 sebagai raifal infantri standard. Namun, M14 masih diteruskan perkhidmatannya, bukan sebagai raifal utama. Sebaliknya digunakan sebagai raifal penembak tepat.

Selain Amerika Syarikat (pengasas utama), negara yang menggunakan M16 dan pelbagai versi senjata terdiri daripada:

Malaysia mula menggunakan senjata M16 yang terdiri daripada versi M16A1 pada tahun 1976 melalui program PERISTA atau Perajurit Istimewa Tentera. Program pra-PERISTA telah memperlihatkan program penggunaan raifal gempur Heckler & Koch 33 yang kemudiannya digantikan dengan M16A1 serta kereta perisai Panhard. Raifal HK 33 didapati berat dan tidak sesuai dengan pertempuran didalam hutan serta seringkali mengalami hentian (stoppages) dalam senjata. Raifal M16A1 dibekalkan kepada pasukan elit Grup Gerak Khas Tentera Darat yang kemudiannya disusuli dengan karbin M16A1 Model 635. Kemudiannya Malaysia menggunakan raifal Steyr AUG dan kemudiannya digantikan dengan karbin M4.