Consolidated Vultee Aircraft Corporation, atau biasanya dikenali sebagai
Convair, adalah sebuah kompleks pembangunan dan pengeluaran aeroangkasa
Amerika Syarikat pada tahun 1940-an. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1943 berikutan penggabungan antara
Consolidated Aircraft dan
Vultee Aircraft. Penggabungan ini menjadikan ia sebagai satu penggabungan
pengeluar pesawat terbesar di dunia pada waktu itu. Antara rekabentuk Convair yang paling terkenal termasuk
pesawat pengebom strategik
Convair B-36,
pesawat pemintas bersayap delta
F-102 Delta Dagger dan
F-106 Delta Dart, serta
pesawat penyerang nuklear berkelajuan supersonik
B-58 Hustler.Pada bulan Mac 1953, Convair telah dibeli oleh
General Dynamics, menjadi
Divisyen Convair bagi syarikat induknya.
[1] Syarikat ini terus mengeluarkan pesawat sehingga tahun 1965, sebelum bertukar kepada projek angkasa dan
kerangka pesawat.Pada tahun 1994, General Dynamics menjual divisyen
struktur aero dan unit peluru berpandu kepada
McDonnell Douglas, dan menjualkemudahan Fort Worth, termasuk hak-hak bagi mengeluarkan produk-produk berkaitan kemudahan ini, kepada
Lockheed. Pada tahun 1996, General Dynamics telah menyah-aktifkan entiti-entiti sedia ada dalam Convair Division.Selain pesawat,
peluru berpandu dan kenderaan angkasa, Convair juga membangunkan tiub
Charactron, yang mana menjadi pelopor kepada paparan
CRT moden,
[2] dan algorithma
CORDIC, yang mana digunakan secara meluas pada hari ini bagi mengira
fungsi trigonometri di dalam
kalkulator dan
jujukan pintu medan boleh program (FPGA).