Corbicula
Corbicula

Corbicula

Lihat teksCorbicula (atau disebut etak[1]) ialah genus bagi kepah air payau iaitu kerang-kerangan air dwicengkerang dari keluarga Cyrenidae.[2] Nama genus ini adalah mimitan Latin Baru bagi kata Latin, corbis, "bakul", merujuk pada bentuk dan tetulang cengkerangnya.Genus Corbicula mengandungi sebilangan spesies wujud dan fosil; perihal beberapanya kurang jelas (species inquirenda).[3] Corbicula fluminea yang sangat terkenal ialah spesies ceroboh di beberapa belahan dunia. Kadang-kadang, beberapa ahlinya terbentuk melalui androgenesis, di mana semua gen diturunkan daripada si jantan; satu daripada sebilangan besar binatang melakukannya.[4]Di kebanyakan negara Asia, kepah ini dijadikan ramuan dalam sup. Di Korea Selatan pula, ada sup terkenal yang dibuat daripada spesies kepah ini (selalunya Corbicula japonica, Corbicula fluminea, Corbicula leana) yang disebut 재첩국 (jaechup-guk).