Sambutan DBASE

Sungguhpun bahasa ini bukan lagi pilihan utama bagi bahasa perniagaan, sesetengah mendapatinya sebagai alat penukar data ad-hoc interaktif yang sangat baik. Tidak seperti SQL, seseorang dengan mudah dapat memecahkan transformasi data kepada langkah-langkah kecil untuk menganalisis dan memeriksa secara memandang. (Salah satu pilihan bagi melumpuhkan pemeriksaan itu adalah dengan menggunakan arahan PROTECT. Arahan PROTECT merupakan peranti penyulitan hak milik yang direka untuk dBase). DBase juga didakwa memudahkan secara berperingkat pengumpulan arahan manipulasi data interaktif sedia ada ke dalam subrutin untuk menjadi skrip automatik, berbeza dengan pesaing yang boleh memerlukan bermula dari awal untuk bertukar dari arahan tetikus interaktif kepada skrip program. Ia boleh dianggap sebagai bahasa "mesra papan kekunci", sebahagiannya kerana ia direka yang sebelum tetikus menjadi suatu yang biasa.

Sebagai sebuah pelantar pembangunan aplikasi, dBASE mengisi jurang antara bahasa-bahasa pengaturcaraan aras yang lebih rendah (seperti C, C++, serta Java) dan 4GL proprietari aras tinggi serta peralatan sepenuhnya visual, lantas membekalkan kesenangan penggunaan relatif kepada ahli perniagaan yang mempunyai kebolehan mengaturcara rendah di samping produktiviti tinggi yang mampu membuatkan golongan pembangun profesional sanggup menukarkan kawalan aras rendah deminya.

Ia kekal sebagai peralatan mengajar sungguhpun selepas jualan merosot kerana perintah berasaskan teks adalah lebih mudah ditunjukkan dalam bahan latihan bercetak berbanding pesaing berasaskan tetikus. Lama-kelamaan, perintah berasaskan tetikus turut ditambah kepada produk ini, namun bahasa perintahnya kekal piawaian sebenar sementara perintah tetikus biasanya bergantung kepada pembekal tertentu.