Asal DBASE

Pembangun asal dBase ialah Wayne Ratliff.[1] Pada tahun 1978, semasa bekerja sebagai kontraktor di Jet Propulsion Laboratory, Ratliff menulis sebuah perisian pangkalan data dalam bahasa himpunan bagi mikrokomputer berasaskan CP/M bagi membantunya memenangi pertaruhan bola sepak Amerika di pejabat. Dia mengasaskannya berdasarkan JPLDIS (Jet Propulsion Laboratory Display Information System) Jeb Long dan menamakannya "Vulcan", sempena nama bangsa Mr. Spock Star Trek. Menurut Ratliff, bahasa JPLDIS adalah bahasa berasaskan-perintah yang mudah bertujuan untuk kegunaan interaktif pada terminal cetak. Terdapat bukti bahawa JPLDIS dipengaruhi oleh produk pangkalan data komputer kerangka utama Tymshare yang dikenali sebagai RETRIEVE.

Pada awal 1980, George Tate, salah seorang pengasas Ashton-Tate,[7] membuat perjanjian pemasaran dengan Ratliff yang membawa kepada penamaan semula Vulcan kepada dBase II, dan perisian tersebut menjadi kejayaan besar dengan cepat.