DBASE
DBASE

DBASE

dBase merupakan sistem pengurusan pangkalan data (DBMS) yang pertama digunakan secara meluas bagi mikrokomputer,[2] diterbitkan oleh Ashton-Tate bagi CP/M, dan kemudiannya bagi Apple II, Apple Macintosh, UNIX[3], VMS[4], dan IBM PC bagi DOS di mana ia menjadi salah satu judul perisian paling laku untuk beberapa tahun. dBase lambat berhijrah ke Microsoft Windows dan secara perlahan, hilang pasaran kepada saingan seperti Paradox, Clipper, FoxPro, dan Microsoft Access. dBase dijual kepada Borland pada 1991, yang kemudian pada 1999 menjual hak baris pengeluaran kepada dBase Inc yang baru ditubuhkan. Pada 2004, nama dBase Inc. ditukar kepada dataBased Intelligence, Inc.Bermula pada pertengahan 1980-an banyak syarikat lain menghasilkan loghat atau variasi mereka sendiri bagi keluaran dan bahasa ini. Ini termasuk FoxPro (kini Visual FoxPro), Arago, Force, dbFast, dbXL, Quicksilver, Clipper, Xbase++, FlagShip, Recital's Terminal Developer, dan Harbour/XHarbour. Secara am, semua ini dikenali sebagai xBase.Format fail dBase asas, fail .dbf, digunakan secara meluas dalam banyak aplikasi lain yang memerlukan format mudah bagi menyimpan data berstruktur.