DVD-Audio DVD

Rencana utama: DVD-Audio

DVD-Audio ialah sejenis format untuk menyampaikan kandungan audio fideliti tinggi dalam DVD. DVD-Audio menawarkan banyak pilihan tatarajah saluran (dari mono hingga surround sound 7.1) pada pelbagai frekuensi sampel (sehingga 24-bit/192 kHz berbanding 16-bit/44.1 kHz CDDA). Berbanding dengan format CD, format DVD yang lebih banyak muatannya membolehkan kemasukan lebih banyak muzik (mengenai jumlah tempoh dan bilangan lagu) dan/atau mutu audio yang jauh lebih baik (dicerminkan oleh kadar pensampelan linear yang lebih tinggi dan kadar bit mencancang lebih tinggi, dan/atau saluran tambahan untuk pengeluaran semula bunyi ruang).

Walaupun spesifikasi teknikal DVD-Audio lebih tinggi, namun timbulnya pertikaian sama ada hasil penambahan audio amat terasa dalam persekitaran pendengaran yang biasa. DVD-Audio kini disambut oleh sebuah pasaran ceruk, mungkin sekali disebabkan perang format dengan piawaian SACD yang dielakkan DVD-Video.