Pengganti DVD

Mula-mulanya ada dua pengganti yang munasabah untuk DVD yang dikembangkan oleh konsortium berlainan: Cakera Blu-ray (BD) oleh Sony dan Panasonic, dan HD DVD oleh Forum DVD, iaitu pengganti "rasmi" yang direka oleh Toshiba. Kedua-dua format itu bertempur dalam satu perang format mulai tahun 2006 hingga 2007, namun pada awal tahun 2008, hampir semua studio dan peruncit besar berhenti menyokong HD DVD, dan pada 19 Februari, Toshiba mengumumkan pemberhentian pemajuan HD DVDnya. Bagaimanapun, tidak seperti peralihan format sebelumnya (iaitu dari piring hitam ke cakera padat, atau dari pita video VHS ke DVD), tidak kelihatan apa-apa petanda jelas bahawa penghasilan DVD biasa akan dihentikan serta-merta. Kedua-dua pemain Blu-Ray dan HD DVD boleh memainkan DVD biasa, dan lamab web berita keluaran DVD seperti TVShowsonDVD.com masih menyenaraikan keluaran DVD biasa akan datang sehingga tahun 2009. Tambahan pula, apabila mengumumkan pemberhentian HD DVD, Toshiba membayangkan bahawa pihaknya akan terus menghasilkan pemain dan perakam DVD biasa.[12] Sementara itu, Wal-Mart, yang juga mengumumkan keputusan menghentikan penjualan HD DVD untuk menyokong Blu Ray beberapa hari sebelum pengumuman Toshiba, khususnya memilih DVD biasa dalam pengumumannya, menunjukkan peruncit besar itu tidak merancang untuk berhenti menjual format lama sambil menerima format baru.[13]