Menu
Daerah_Kota_Tinggi EkonomiKota Tinggi bakal berubah wajah menjelang 2016 apabila semua projek berkaitan minyak dan gas (O&G) di zon Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di Pengerang siap sepenuhnya. Ketika ini, kerja-kerja pembinaaan dan penyediaan infrastruktur sedang giat dijalankan.[3]
Projek terletak di timur Johor itu secara keseluruhannya melibatkan kawasan seluas 9,105 hektar dan pembangunan yang berlaku antaranya meliputi pembinaan loji penapisan minyak, loji petrokimia dan terminal simpanan minyak serta jeti laut dalam.
PIPC adalah antara komponen penting dalam usaha menggapai transformasi Malaysia bagi memacu negara untuk menyertai zon negara maju menjelang 2020. Di samping itu, ia secara tidak langsung menjadikan Malaysia dan Johor sebagai pusat industri dan perdagangan O&G di rantau ini.
Turut dibangunkan dalam PIPC ialah Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID; Refinery and Petrochemical Integrated Development) milik Petronas. Projek itu dibangunkan di atas tanah berkeluasan 2,428 hektar dengan nilai pelaburan sebanyak RM60 bilion. Pembangunan RAPID merangkumi pembinaan 20 buah kilang penapisan minyak mentah selain kompleks polimer dan petrokimia.
Pembangunan kawasan itu perlu kerana kemajuan yang dibawa ke Pengerang kelak akan menjadikannya lebih besar daripada Kerteh, Terengganu dan menyumbang kepada ekonomi Malaysia.
Menu
Daerah_Kota_Tinggi EkonomiBerkaitan
Daerah di Malaysia Daerah Larut, Matang dan Selama Daerah Batu Pahat Daerah Jasin Daerah Langkawi Daerah Lahad Datu Daerah Muar Daerah Segamat Daerah Kuala Muda Daerah di TurkiRujukan
WikiPedia: Daerah_Kota_Tinggi http://www.dromoz.com/directory/maps/?dipe=19948 http://www.facebook.com/group.php?gid=180552858782... http://www.kopera.com.my/ http://www.kkbpenawar.edu.my http://www.kkkotatinggi.edu.my/index.php/tentang-k... http://www.smklinggiu.kotatinggi.edu.my http://www.kpypj.edu.my/index.php?option=com_conte... http://tunhabab.edu.my/index.php http://www.mdkt.gov.my/ https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Kota_T...