Kerteh

Kerteh atau Kertih merupakan sebuah mukim yang terdapat di daerah Kemaman, Terengganu, Malaysia. Terdapat beberapa buah kampung didalam Mukim Kerteh iaitu Kg Labohan,Kg Tengah,Kg Telaga Papan,Kg Gelugor,Kg Kuala Opis(Bandar Baru sekarang),Kg Baru(mula didiami dalam tahun awal 1970'an melalui pemberian tanah kepada penduduk dizaman Dato' Sulong bin Mahmood menjadi wakil rakyat), Kg Chabang, Kg Pengkalan Ranggon, Kg Bukit Pahang, Kg Batu Puteh, Kg Darat Kolam, Kg Mat Ikal, Kg Lama (Ditepi pantai dihadapan Stesen Minyak ESSO Kerteh, terdapat kubur penduduk Kg Lama yang berpagar ditepi jalanraya), Rasau Kerteh dan KETENGAH JAYA.Kerteh membangun hasil daripada adanya 'emas hitam' iaitu petroleum yang terdapat di dasar Laut China Selatan yang menghadap ke pantai Kerteh.Kerteh menjadi salah satu kawasan tumpuan penting di daerah Kemaman kerana kepadatan penduduk dan juga kemudahan yang lengkap. Kerteh juga sering dipanggil sebagai "City of Light" di kalangan pelancong kerana limpahan cahaya dari Kawasan Perindustian Petroleum Petronas yang menerangi kawasan Kerteh pada waktu malam.Pelbagai bentuk pembangunan telah dibangunkan di Kerteh. Antaranya ialah Bandar Seri Kerteh, Lapangan Terbang Kerteh, Kawasan Perindustrian Petronas, Pelabuhan Kerteh, Loji Penapis Minyak Terengganu, Rantau Petronas, Sekolah Rantau Petronas, Rantau Mall Kerteh, Stadium Mini Kerteh, Kelab Desa Rantau Petronas, Padang Golf, dan lain-lain. Rantau Petronas turut dibangunkan oleh PMINT. Terdapat banyak pembangunan muncul di Kerteh seiring dengan pembangunan ECER di seluruh negeri Terengganu.