Sejarah Daging_ayam

Ukiran-ukiran Babylon dari sekitar 600 SM memaparkan ayam sebagai makanan.[1] Ayam merupakan antara daging yang paling laris didapati ketika Zaman Pertengahan. Ramai yang percaya bahawa daging ayam mudah dihadam dan dianggap antara barang makanan yang paling neutral. Daging ayam dimakan di seluruh hemisfera timur dan pelbagai jenis ayam seperti ayam kasi, ayam dara dan ayam betina menjadi sajian. Daging ayam menjadi salah satu ramuan asas dalam sajian yang bernama 'hidangan putih', iaitu gulai yang lazimnya terdiri daripada daging ayam dan bawang goreng yang dimasak dalam susu dan diperasakan rempah dan gula.

Penggunaan daging ayam di A.S. meningkat ketika Perang Dunia II akibat kekurangan daging lembu dan khinzir. [2] Di Eropah, pemakanan daging ayam memintas pemakanan daging lembu dan anak lembu pada tahun 1996, mungkin berhubung kait dengan kesedaran pengguna mengenai penyakit lembu gila atau B.S.E.[3]