Penyakit_lembu_gila

Penyakit lembu gila (BSE) (bahasa Inggeris: mad cow disease) ialah sejenis penyakit neurodegeneratif lembu yang boleh membawa maut. Penyakit ini menjangkit melalui satu mekanisme yang telah mengejutkan ahli-ahli biologi ketika penemuannya pada akhir abad ke-20. Sedangkan penyakit ini tidak pernah membunuh lembu-lembu pada skala yang sama dengan penyakit-penyakit ternakan yang lain, umpamanya penyakit kuku dan mulut atau rinderpes, penyakit lembu gila telah menyebabkan perhatian yang meluas kerana penyakit ini kelihatan mungkin boleh menjangkiti manusia; penyakit ini dipercayai mengakibatkan kelainan penyakit Creutzfeldt-Jakob (vCJD) (kekadang digelarkan kelainan penyakit Creutzfeldt-Jakob baru (nvCJD)), satu penyakit yang menyebabkan otak manusia semakin susut, walaupun perkaitan ini tidak pernah dibuktikan. Nama saintifik untuk penyakit lembu gila ialah Ensefalopati Spongiform Bovin atau BSE (bahasa Inggeris: Bovine Spongiform Encephalopathy ).