David_A._Kessler
David_A._Kessler

David_A._Kessler

David Aaron Kessler (lahir 13 Mei 1951) ialah seorang pakar pediatrik, peguam, pengarang dan pentadbir (akademik dan pemerintahan) Amerika Syarikat. Beliau menjadi pesuruhjaya Pentadbiran Makanan dan Dadah dari 8 November 1990 hingg 28 Februari 1997. Pada 9 November 2020, presiden terpilih Amerika Syarikat Joe Biden mengumumkan bahawa Kessler akan menjadi naib pengerusi Badan Penasihat COVID-19,[1] bersama bekas Doktor Bedah Am Amerika Syarikat Vivek Murthy dan profesor kesihatan masyarakat Yale Marcella Nunez-Smith.