Presiden_terpilih_Amerika_Syarikat
Presiden_terpilih_Amerika_Syarikat

Presiden_terpilih_Amerika_Syarikat

Presiden terpilih Amerika Syarikat (Bahasa Inggeris: President-elect of the United States) ialah jawatan yang disandang presiden Amerika Syarikat seterusnya sebelum pilihan raya umum pada Hari Pilihan Raya November dan sebelum Hari Pelantikan, petang 20 Januari. Oleh kerana pilihan raya presiden A.S. merupakan pemilihan tidak rasmi, gelaran ini disematkan pada pemenang pilihan raya[2] dan dirasmikan setelah suara kolej Elektoral yang memilih pada Disember dihitung oleh sidang bersama Kongres pada awal Januari. Apabila seorang penyandang presiden memenangi pilihan raya untuk penggal kedua jawatan, ia tidak menyandang gelaran "presiden terpilih" kerana ia sendiri sudah berkhidmat sebagai presiden. Apabila seorang Naib Presiden menggantikan Presiden kerana Presiden meninggal dunia atau mengundurkan diri, ia tidak menyandang gelaran "presiden terpilih" kerana ia akan mengambil alih jabatan Presiden secara automatik.Dalam politik Amerika Syarikat, ketika presiden baru dijadualkan mengambil alih jawatan, masa antara pilihan raya presiden dan pelantikan disebut tempoh lame duck. Jolokan tersebut merujuk kerpada kurangnya kekuasaan dan pengaruh politik penyandang presiden kerana ia akan segera mengakhiri tempoh jawatannya.Presiden terpilih Amerika Syarikat kini ialah Joe Biden dari Parti Demokrat. Beliau diumumkan telah memenangi pilihan raya umum presiden 2020 pada 7 November 2020.[3]