Dawn_(kapal_angkasa_lepas)
Dawn_(kapal_angkasa_lepas)

Dawn_(kapal_angkasa_lepas)

Dawn ialah sebuah kapal angkasa lepas NASA robot yang bertugas menjelajah dan mengkaji Vesta dan Ceres, jasad terbesar dalam lingkaran asteroid. Dilancarkan pada 27 September 2007, kuar ini memasuki orbit Vesta pada 16 Julai 2011.[5][6] Dawn meninggalkan Vesta pada 5 September 2012 menuju Ceres, dan dijangka sampai ke sana pada Februari 2015.[7][1]Diuruskan oleh Jet Propulsion Laboratory NASA, Dawn merupakan misi penjelajahan semata-mata NASA yang menggunakan perejangan ion. Kapal angkasa lepas ini dibina dengan kerjasama Eropah, dengan sebahagian komponen disumbang rakan di Jerman, Itali dan Belanda. Dawn merupakan kapal angkasa lepas pertama melawat Vesta, dan dijadualkan menjadi yang pertama melawat Ceres. Jika berjaya, ia juga akan menjadi kapal angkasa lepas pertama mengorbit dua jasad ruang angkasa berbeza.[8] Misi pelbagai-sasaran sebelum ini, menggunakan pacuan konvensional, seperti program Voyager, terhad kepada lintas terbang.[4]

Dawn_(kapal_angkasa_lepas)

Kenderaan Pelancar Delta II 7925H
Ketaksepusatan Hampir membulat
Jenis misi Lintas terbang / Pengorbit
Tempoh misi Sehingga Julai 2015
Kecondongan Kutub
Lintas terbang Marikh (4 Februari 2009)
Satelit kepada Vesta (Julai 2011 – September 2012)[1]
Ceres (dirancang)
ID COSPAR 2007-043A
Kuasa 1300 W (susunan suria) pada 3 AU[4]
Kontraktor utama Orbital Sciences · JPL · UCLA
Laman web dawn.jpl.nasa.gov
Tarikh Masuk Orbit Vesta: 16 Julai 2011, 04:47 UTC[2]
(8 tahun, 6 bulan dan 20 hari lalu)
Ceres: Februari 2015 (dijangka)
Tarikh Berlepas 27 September 2007, 11:34:00 UTC[3]
(&&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012 tahun, &&&&&&&&&&&&0131.&&&&&0131 hari lalu)
Jisim 1,240 kg (2,730 lb) (basah)[4]
Pengendali NASA
Kawasan Pelancaran Space Launch Complex 17B,
Cape Canaveral Air Force Station

Rujukan

WikiPedia: Dawn_(kapal_angkasa_lepas) http://www.newscientist.com/blogs/shortsharpscienc... http://www.scribd.com/doc/60293831/Dawn-at-Vesta-P... http://www.space.com/17119-nasa-dawn-asteroid-spac... http://www.dawn.mps.mpg.de/index.php?id=21&L=1 http://adsabs.harvard.edu/abs/2006AcAau..58..605R http://www-ssc.igpp.ucla.edu/dawn/index.html http://nssdc.gsfc.nasa.gov/nmc/masterCatalog.do?sc... http://dawn.jpl.nasa.gov/ http://dawn.jpl.nasa.gov/feature_stories/spacecraf... http://dawn.jpl.nasa.gov/mission/Dawn_overview.pdf