Demokrasi berperwakilan
Demokrasi berperwakilan

Demokrasi berperwakilan

Demokrasi berperwakilan (Jawi: ديموكراسي برڤرواكيلن; juga demokrasi tidak langsung, kerajaan berperwakilan atau psefokrasi) adalah sejenis demokrasi yang berasaskan prinsip pegawai yang dipilih mewakili sekelompok orang, berbanding dengan demokrasi langsung.[2] Hampir semua demokrasi gaya Barat moden adalah jenis demokrasi berperwakilan; sebagai contoh, United Kingdom yang juga monarki perlembagaan, Perancis ialah sebuah negara kesatuan, dan Amerika Syarikat ialah sebuah republik persekutuan.[3]Ia adalah elemen kedua-dua sistem parlimen dan sistem presiden kerajaan dan biasanya digunakan di dewan rendah seperti House of Commons United Kingdom, Lok Sabha India, dan boleh dibatasi oleh kekangan perlembagaan seperti dewan atas. Ia telah digambarkan oleh beberapa ahli teori politik termasuk Robert A. Dahl, Gregory Houston dan Ian Liebenberg sebagai poliarki.[4][5] Di dalamnya kuasa di tangan wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat.