Kerjaya Dianna_Agron

Lakonan

Televisyen

Di parti pembukaan Glee, Mei 2009

Agron telah muncul dalam rancangan televisyen seperti Shark, Close to Home, CSI: NY, Numb3rs,[6] dan mempunyai peranan berulang dalam Veronica Mars. Beliau kemudiannya muncul sebagai Harper dalam siri 13 episod filem pendeik dipanggil It's a Mall World, diarahkan oleh Milo Ventimiglia, ditayangkan di MTV. Beliau kemudiannya mempunyai peranan berulang dalam musim kedua Heroes sebagai Debbie Marshall.

Watak Agron yang paling terkenal setakat ini adalah Quinn Fabray dalam siri Fox, Glee. Beliau menjalani uji bakat dengan lagu Frank Sinatra, "Fly Me to the Moon". Watak itu mendapatkan Agron pencalonan Anugerah Teen Choice untuk Bintang Wanita Breakout pada tahun 2009.[7] Beliau dan barisan pelakon yang lain dianugerahkan Anugerah Screen Actors Guild untuk Lakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam Siri Komedi pada tahun 2010 dan dicalonkan dalam kategori yang sama pada tahun berikutnya.[8][9]

Di Jelajah Topik Hangat Glee, Ogos 17, 2009

Pada Julai 23, 2012, ia telah dilaporkan bahawa Agron akan kurang muncul dalam musim keempat Glee.[10] Karakter Agron hanya muncul dalam tiga episod: "Thanksgiving", "Naked" dan "I Do". Agron kembali pada musim kelima Glee untuk dua bahagian episod istimewa ke-100, "100" dan "New Directions".[11] Agron mengumumkan bahawa beliau akan kembali ke musim terakhir Glee.[12] Beliau muncul sebagai watak utama dalam dua episod, "Homecoming" dan "Jagged Little Tapestry" serta membuat penampilan kameo dalam episod terakhir, "Dreams Come True".

Filem

Pada tahun 2007, Agron muncul sebagai Dyanna dalam T.K.O., diarahkan oleh Declan Mulvey.[13] Beliau muncul sebagai Megan dalam filem komedi, Skid Marks.[14] Beliau juga muncul sebagai wanita Kyle dalam filem komedi, Rushers.[15] Beliau kemudiannya muncul dalam filem komedi, Dinner with Raphael dan mempunyai peranan kecil sebagai Sadie dalam Celebrities Anonymous, diarahkan oleh Dennis Hemphill Jr. Pada tahun 2010, beliau melakonkan watak Minnow Hayes dalam The Romantics.[16] Pada tahun yang sama, beliau melakonkan watak Natalie dalam Burlesque.[17] Beliau juga muncul dalam Bold Native.[18][19] Pada tahun 2010, Agron menjalani ujian untuk watak Gwen Stacy untuk filem The Amazing Spiderman tetapi watak itu diberi kepada Emma Stone kerana masalah jadual pengambaran Agron bersama Glee.[20][21]

Pada tahun 2011, Agron muncul sebagai Alice dalam The Hunters,[22][23] dan sebagai Sarah Hart dalam I Am Number Four.[24][25] Agron muncul dalam filem konsert Glee, Glee: The 3D Concert Movie. Beliau kemudiannya berlakon sebagai Belle Blake dalam The Family juga dibintangi Robert De Niro, Tommy Lee Jones dan Michelle Pfeiffer.[26] Filem ini ditayangkan pada September 13, 2013 dan menerima ulasan bercampur ke negatif. Pengkritik memuji lakonan Agron.

Agron di Bandar Raya New York, April 2011

Pada September 26, 2013, ia telah disahkan oleh Josh Boone bahawa Agron telah dipilih untuk berlakon dalam filem Pretenders bersama-sama Michael B. Jordan, Anton Yelchin dan Imogen Poots.[27] Beliau akan melakonkan watak bernama Victoria. Filem ini sekarang ditangguhkan sehingga semua barisan pelakon ada untuk pengambaran.[28]

Pada bulan Oktober 2013, Agron mula menjalani pengambaran A Conspiracy on Jekyll Island juga dibintangi Frank Grillo, AnnaSophia Robb, Minnie Driver, John Leguizamo, Ed Westwick dan Maggie Q.[29][30] Pada Julai 7, 2014, ia telah didedahkan bahawa Agron akan menyertai barisan pelakon Headlock bersama-sama Andy García, Justin Bartha, James Frain dan D. W. Moffett.[31] Agron muncul dalam filem 2015, Zipper sebagai Dalia. Filem ini juga dibintangi Patrick Wilson, Lena Headey dan John Cho. Zipper dibuka pada Januari 27, 2015 di Festival Filem Sundance dan ditayangkan pada Ogos 28, 2015 menerusi tayangan terhad.[32][33][34][35]

Pada Mac 31, 2014, ia telah dilaporkan bahawa Agron telah menyertai barisan pelakon filem Tumbledown bersama-sama Jason Sudeikis dan Rebecca Hall. Beliau melakonkan karakter bernama Finley. Pada Julai 28, 2014, ia telah diumumkan bahawa Agron akan melakonkan watak utama sebagai Sarah Barton dalam Bare. Paz de la Huerta, Chris Zylka dan Louisa Krause juga membintangi filem ini.[36] File mini dibuka pada bulan April 2015 di Festival Filem Tribeca dan menerima ulasan positif daripada pengkritik. Agron mengejut ramai dalam Bare, melakonkan adegan bogal dalam skrin pertamanya.[37][38]

Deadline.com mengesahkan pada Julai 13, 2015 bahawa Agron akan melakonkan watak utama dalam Hollow In The Land, ditulis dan diarahkan oleh Scooter Corkle.[39]

Rujukan

WikiPedia: Dianna_Agron http://www.boldnative.com/ http://celebglitz.com/38591/Celebrity-Gossip/teen-... http://collider.com/dianna-agron-interview-i-am-nu... http://deadline.com/2015/07/dianna-agron-hollow-in... http://www.deadline.com/2010/10/glees-dianna-agron... http://dianna-agron.com/photos/index.php?cat=38 http://drinkpurplemilk.com/about/ http://www.firstpost.com/topic/person/dianna-agron... http://www.fox.com/glee/bios/dianna-agron/ http://vogue.globo.com/moda/moda-news/noticia/2015...