Dietilamida_asid_lisergik
Dietilamida_asid_lisergik

Dietilamida_asid_lisergik

X(AU) X (AS) ? (AU) ? (UK) ? (AS) Dietilamida asid lisergik, LSD-25, LSD (dahulunya lisergida, dan biasanya dikenali sebagai asid) ialah drug psikedelik separa tiruan daripada keluarga ergolina. LSD tidak menagihkan, tidak toksik, dan dikenali untuk kesan psikologinya yang boleh merangkumi:selain daripada peranan utamanya dalam budaya saingan 1960-an. Ia digunakan terutamanya oleh psikonaut sebagai enteogen serta juga dalam terapi psikedelik.LSD disintesiskan buat pertama kali oleh Albert Hofmann pada 1938 daripada ergot, kulat bijian yang biasanya tumbuh pada pokok gandum. Bentuk nama pendek LSD berasal daripada nama kodnya yang awal, LSD-25, yang merupakan pula singkatan daripada perkataan Jerman, "Lysergsäure-diethylamid", diikuti oleh satu nombor jujukan.[3][4]LSD peka terhadap oksigen, cahaya ultraungu, dan klorin (khususnya dalam bentuk larutan), sungguhpun potensinya dapat bertahan selama bertahun-tahun jika disimpan jauh dari cahaya dan lembapan pada suhu rendah. Dalam bentuk tulen, ia tidak berwarna, tidak berbau, dan sedikit pahit.[5]LSD biasanya diberikan melalui mulut di atas substrat seperti kertas telap, kiub gula, atau gelatin. Dalam bentuk cecair, ia boleh diberikan melalui suntikan intraotot atau terapi intravena. Aras ambang dos yang diperlukan untuk menghasilkan kesan psikoaktif untuk manusia ialah antara 20 dan 30 µg (mikrogram).[6]Diperkenalkan oleh Sandoz Laboratories (Makmal Sandoz), dengan tanda dagang Delysid, sebagai satu ubat dengan pelbagai kegunaan psikiatri pada 1947, LSD dengan pantasnya menjadi satu agen terapeutik yang memberikan harapan. Dari tahun 1950-an hingga awal 1970-an, ahli psikiatri, terapi, dan penyelidik menguruskan LSD kepada beribu-ribu orang sebagai rawatan untuk alkoholisme, serta untuk kegelisahan dan kemurungan pada orang yang mengalami kanser peringkat lanjut. Bagaimanapun, penggunaan rekreasi drug itu oleh budaya belia di dunia Barat sewaktu 1960-an mencetuskan kontroversi politik yang akhirnya mengakibatkan larangannya.[7] Sebilangan pertubuhan, termasuk Beckley Foundation, MAPS, Heffter Research Institute, dan Albert Hofmann Foundation, membiayai, menggalakkan, dan menyelaraskan penyelidikan LSD bagi tujuan kegunaan perubatan.[8]

Rujukan

WikiPedia: Dietilamida_asid_lisergik http://www.nfb.ca/film/hofmanns_potion http://ahp.yorku.ca/?p=97 http://www.emolecules.com/cgi-bin/search?t=ex&q=CN... http://books.google.com/books?id=ASoDAAAAMBAJ&pg=P... http://www.scientificamerican.com/article.cfm?id=r... http://www.talktofrank.com/drugs.aspx?id=192 http://www.youtube.com/watch?v=hZdz0G4lG6k http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/search/search.cgi?... http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/summary/summary.cg... //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/13497365