Gelatin
Gelatin

Gelatin

Gelatin (daripada akar Bahasa Bahasa Latin: gelatus yang bermaksud "keras" atau "beku") ialah sejenis makanan yang bersifat lutcahaya, tanpa warna, rapuh (apabila kering) serta tawar terhasil daripada kolagen yang diperolehi daripada pelbagai anggota tubuh haiwan. Ia biasa digunakan sebagai agen pembentuk jel dalam makanan, ubat-ubatan farmaseutikal, kapsul vitamin, fotografi, serta pembuatan kosmetik.Gelatin merupakan kolagen bentuk larut air yang tidak dapat dibalikkan, di mana hasil hidrolisis mengurangkan gentian protein halus kepada bentuk peptida yang lebih kecil, yang memiliki julat berat molekul luas berkaitan dengan kaedah fizik dan kimia denaturasi, berdasarkan proses hidrolisis. Ia kebanyakannya terdapat pada gula-gula melekit, serta produk yang lain seperti marshmallow, pencuci mulut gelatin, beberapa aiskrim, sos cicahan dan yogurt.[1] Gelatin untuk kegunaan resepi terdapat dalam bentuk lembaran, serbuk, atau tepung. Jenis segera boleh ditambahkan pada makanan sebagaimana tersedia, yang lain perlu direndam dalam air terlebih dahulu.