Dinasti Goryeo
Dinasti Goryeo

Dinasti Goryeo

Goryeo atau Koryŏ (Jawi: ݢوريو, Hangul: 고려, Hanja: 高麗) adalah dinasti atau wangsa yang diasaskan oleh Maharaja Taejo pada tahun 918 M. Nama Korea berasal daripada kerajaan ini. Dinasti Goryeo telah menggabungkan Tiga Kerajaan Akhir iaitu Silla, Hubaekje dan Taebong (Hugoguryeo) pada tahun 936 M dan memerintah sebahagian besar semenanjung Korea. Kerajaan ini kemudiannya jatuh setelah dikuasai oleh Dinasti Joseon pada tahun 1392. Goryeo telah meluaskan wilayah kekuasaannya sehingga ke Wonsan (kini sebuah bandar di Korea Utara) di timur laut, Sungai Amnok dan seluruh semenanjung Korea (1374).Dua penemuan berharga daripada zaman ini ialah tembikar Goryeo serta Tripitaka Koreana iaitu sebuah kitab agama Buddha yang diukir pada 80,000 blok kayu dan disimpan di kuil Haeinsa, Gyeongsangnam-do, Korea Selatan. Selain itu, pada era ini juga sistem taip cerai (movable type) berasaskan logam pertama di dunia telah dihasilkan dalam dinasti Goryeo ini pada tahun 1234 dan buku logam taip cerai tertua yang masih wujud iaitu Jikji pada tahun 1377.Pada 668 Masihi, Silla telah menawan Baekje dan Goguryeo dengan pakatan Dinasti Tang tetapi pada akhir abad ke-9, ia mula goyah dan raja telah ditekan oleh para negarawan yang berkuasa.

Dinasti Goryeo

• Penurunan takhta oleh Gongyang 17 Julai 1392 M
• Penyatuan Tiga Kerajaan Akhir 936 M
• Penyiapan Tripitaka Koreana 1251 M
• 981 M - 997 M Seongjong
Maharaja, Raja  
• Pertabalan Taejo 15 Jun 918 M
Agama Buddha Korea, Konfusianisme Korea, Taoisme Korea, Kepawangan Korea
Bahasa lazim Bahasa Korea Tengah
• 1171 M - 1174 M Yi Ui-bang
Ibu negara Gaegyeong
(919M - 1232M)
Gangwha
(1232M - 1270M)
Gaegyeong
(1270M - 1392M)
• 949 M - 975 M Gwangjong
• Serangan Mongol 1231 - 1270 M
• 1351 M - 1374 M Gongmin
Sejarah  
Ketua kerajaan tentera  
• Peperangan Goryeo-Khitan 993 - 1019 M
• 1389 M - 1392 M Gongyang (akhir)
Kerajaan Monarki
• Kebangkitan Tiga Kerajaan Akhir 900 M
• 1170 M - 1171 M Yi Go (pertama)
• 918 M - 943 M Taejo (pertama)
• 1270M Im Yu-mu (akhir)
• 1196 M - 1219 M Choe Chung-heon