Silla
Silla

Silla

Silla[1] (57 SM - 935 M) adalah salah satu daripada Tiga Kerajaan Korea dimana kerajaan ini merupakan salah satu wangsa yang paling lama dalam sejarah Asia. Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Park Hyeokgeose[2] yang merupakan pengasas bagi nama keluarga Korea iaitu Park (박, 朴) dimana kerajaan ini bermula di Persekutuan Namhan. Pada 660 Masihi, Silla telah bersekutu dengan Dinasti Tang, Silla akhirnya menakluki dua buah kerajaan lain, Baekje pada tahun 660 Masihi dan Goguryeo pada tahun 668 Masihi. Selain itu, kerajaan ini mencakupi sebahagian besar wilayah di Semenanjung Korea dimana Silla akhirnya dirujuk sebagai Silla Bersatu atau "Silla Kemudian" (Hu-silla) dan di bahagian utara pula terdapat kerajaan Balhae yang merupakan penerus bagi kerajaan Goguryeo. Setelah hampir 1000 tahun memerintah, Silla telah berpecah kepada kerajaan-kerajaan kecil yang akhirnya membawa kepada Tiga Kerajaan Akhir dan kerajaan-kerajaan kecil itu kemudiannya dikuasai oleh Dinasti Goryeo pada tahun 935 Masihi.

Silla

Raja  
• Penyerahan kepada Dinasti Goryeo Penyerahan kepada Dinasti Goryeo
Ibu kota Gyeongju
• 927 M – 935 M Gyeongsun (terakhir)
Pemerintahan Monarki
• 681 M – 692 M Sinmun
Agama Buddhisme, Konfusianisme, Taoisme, Kepawangan Korea
• 654 M – 661 M Muyeol
Bahasa lazim bahasa Silla
(Sebahagian daripada bahasa Korea Kuno)
• 661 M – 681 M Munmu
• Kempen Raja Jinheung 551 M – 576 M
• Pengenalan agama Buddha 527 M
Era sejarah Purba
• PenubuhanPenubuhan 57 SM
• Silla Bersatu 676 M – 935 M
• 57 SM – 4 M Hyeokgeose (pertama)
• 540 M – 576 M Jinheung