Empayar Rashtrakuta (
Bahasa Kannada: ರಾಷ್ಟ್ರಕೂಟ) ialah
dinasti diraja
India yang memerintah sebahagian besar India selatan, tengah, dan utara antara
abad ke-6 hingga
abad ke-10. Sewaktu itu, raja-raja Rashtrakuta memerintah sebagai sebilangan
kaum kerabat bersaudara yang berasingan.[
petikan diperlukan]
Inskripsi Rashtrakuta terawal yang diketahui ialah
geran plat kuprum dari
Manpur yang menyebut pemerintahan raja-raja itu yang terletak di wilayah
Malwa di
Madhya Pradesh moden. Kaum kerabat pemerintah Rashtrakuta yang lain pada zaman itu yang juga disebut dalam inskripsi Rashtrakuta itu termasuk raja-raja dari Achalapur di Elichpur moden,
Maharashtra, dan raja-raja dari
Kannauj. Bagaimanapun, masih terdapat seberapa kontroversi terhadap asal-usul kaum kerabat Rashtrakuta yang awal, termasuk juga tempat asli dan bahasa mereka.Kerajaan yang memerintah dari Elichpur ialah salah satu
negeri lindungan Badami Chalukya dan sewaktu pemerintahan
Dantidurga, ia menggulingkan Chalukya
Kirtivarman II lalu mengasaskan sebuah empayar, dengan wilayah
Gulbarga di
Karnataka moden sebagai pangkalannya. Kaum kerabat ini yang kemudian dikenali sebagai Dinasti Rashtrakuta dari
Manyakheta kemudian bangkit untuk berkuasa di India Selatan pada
753. Pada waktu yang sama,
Dinasti Pala dari
Bengal dan
Dinasti Prathihara dari
Malwa masing-masing memperoleh semakin banyak kuasa di India timur dan barat laut.Zaman antara
abad ke-8 hingga
abad ke-10 memperlihatkan perjuangan tiga pihak untuk merampas sumber semula jadi yang kaya di
dataran Indo-Ganges, dengan ketiga-tiga empayar itu masing-masing mengilhakkan pusat kuasa di Kannauj buat tempoh yang singkat. Pada kemuncak pemerintahannya, Dinasti Rashtrakuta dari
Manyakheta memerintah sebuah empayar yang besar yang terbentang dari
doab di antara
Sungai Ganges dan
Sungai Yamuna di utara sehingga
Tanjung Comorin di selatan. Zaman itu juga merupakan zaman yang berhasil dalam peluasan politik, pencapaian seni bina dan sumbangan kesusasteraan yang termasyhur.
Agama Hindu merupakan agama raja-raja terawal dinasti ini, manakala raja-raja yang kemudian sangat dipengaruhi oleh agama
Jainisme.Semasa pemerintahan Dinasti Rashtrakuta, ahli matematik dan sarjana
Jain menyumbangkan karya-karya yang penting dalam
bahasa Kannada dan
Sanskrit.
Amoghavarsha I, raja Dinasti Rashtrakuta yang termasyhur, menulis
Kavirajamarga, suatu karya kesusasteraan yang penting dalam bahasa Kannada. Seni bina juga mencapai satu detik penting dalam gaya
Dravidia, dengan contoh terunggul merupakan
Kuil Kailasanath di
Ellora. Sumbangan penting yang lain ialah arca-arca yang ditempatkan di
Gua Elephanta di
Maharashtra moden, serta juga kuil Kashivishvanatha dan kuil Narayana Jain yang terletak di
Pattadakal di
Karnataka moden, dengan kesemuanya kini merupakan
Tapak Warisan Dunia UNESCO.