Dipterocarpaceae

Subdivisi:
Anisoptera
Cotylelobium
Dipterocarpus
Dryobalanops
Hopea
Marquesia
Monotes
Neobalanocarpus
Pakaraimaea
Parashorea
Shorea
Stemonoporus
Upuna
Vateria
Vateriopsis
VaticaDipterocarpaceae ialah sebuah famili yang terdiri daripada 17 genus dan lebih kurang 580-680 spesies. Spesies-spesies itu terutamanya terdiri daripada pokok-pokok hutan hujan tanah rendah tropika yang menghasilkan buah-buah dua sayap. Genus-genus yang terbesar ialah Shorea (360 spesies), Hopea (105 spesies), Dipterocarpus (70 spesies), dan Vatica (60 spesies). Kebanyakan daripada spesies dalam famili Dipterocarpaceae adalah besar, dan tingginya biasa mencapai 40-70 meter. Spesies-spesies dalam famili ini adalah amat penting dalam perdagangan kayu balak. Taburannya di seluruh kawasan tropika, dari utara Amerika Selatan ke Afrika,Seychelles, India, Indochina dan Malaysia, dengan kepelbagaian dan jumlah yang terbesar di Malaysia barat. Kini, sebilangan spesies itu terancam disebabkan penebangan yang keterlaluan dan pembalakan haram yang meluas. Pokok-pokok Dipterocarpaceae membekalkan kayu yang bernilai, minyak pati yang berbau wangi, balsam dan resin.Famili dipterokarp ini secara amnya dibahagikan kepada tiga subfamili:Kajian genetik yang terbaru (Ducousso et. al. 2004) mendapati bahawa dipterokarp Asia mempunyai leluhur yang sama dengan Sarcolaenaceae, sebuah famili pokok yang banyak didapati di Madagascar. Ini menunjukkan bahawa leluhur Dipterokarp berasal dari superbenua Gondwana di selatan, dan leluhur yang sama untuk kedua-dua dipterokarp Asia dan Sarcolaenaceae telah didapati di daratan India-Madagascar-Seychelles berjuta-juta tahun dahulu, dan dibawa ke utara oleh India, dan kemudian berlanggar dengan Asia dan membenarkan dipterokarp disebarkan menyeberangi Asia Tenggara dan Malesia.