Dir
Dir

Dir

Dir merupakan album studio yang dibuat khas bagi memperingati pemergian Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad dengan menampilkan pelbagai artis tanah air seperti Rahim Maarof, Liza Aziz dan sebagainya. Album ini dikeluarkan pada tahun 1992.[1]. Album ini menampilkan rakaman pertama Rahim Maarof setelah meninggalkan syarikat rakaman BMG Pasific. Lagu "Dir" ciptaan Azmi Hashim dan Habsah Hassan nyanyian Rahim layak ke Anugerah Juara Lagu 1993 dalam kategori balada. Lagu "Syakila" ciptaan M. Nasir juga mara ke anugerah yang sama pada edisi 1992, tetapi tidak dapat dipersembahkan oleh Rahim kerana masalah kontraknya bersama BMG Pasific di mana lagunya diserahkan kepada penyanyi baharu, Razzi Rahman. Menariknya, pada acara yang sama Rahim membuat persembahan selingan dengan lagu "Dir".

Dir

Dikeluarkan pada 1992 (1992)
Penerbit Azmir Hamzah
Dirakam pada 1992
Genre Pop
Syarikat Rediffusion