Kompleks Disneyland_Paris

Disneyland Paris encompasses 4,800 ekar (19 km2)[3] and contains 2 theme parks, 7 resort hotels, 6 associated hotels, a golf course, railway station and a new town: Val d'Europe.

Taman tema

Disneyland Park didirikan berasaskan formula yang dirintiskan oleh Disneyland di California, kemudian digunakan untuk membina Magic Kingdom di Florida dan Tokyo Disneyland di Jepun.Dengan mengisi tanah seluas 566,560 m² (140 ekar), inilah taman Disney terbesar yang berasaskan taman asal di California.

Pada 16 Mac 2002, Walt Disney Studios Park membuka pintunya kepada orang awam. Pada keluasan 270,000 m², taman ini merupakan kesinambungan kepada konsep awal yang tidak pernah direalisasikan, iaitu Disney-MGM Studios Europe.

Rekreasi lain

Rencana–rencana utama: Disney Village dan Golf Disneyland

Daerah hiburan Disney Village merangkumi beraneka kedai makan, kedai arak, kedai runcit, Buffalo Bill's Wild West Dinner Show, dan lain-lain lagi, dan kekal dibuka selepas taman-taman ditutup.

Golf Disneyland mempunyai dua padang iaitu 9 lubang dan 18 lubang.

Hotel

Dalam kompleks ini ada tujuh buah hotel Disneyland Paris. Disneyland Hotel terletak di atas pintu masuk Disneyland Park dan dipasarkan sebagai hotel paling berprestij di atas hartanah itu. Sejasad air yang dikenali sebagai Tasik Disney dikelilingi oleh Disney's Hotel New York, Disney's Newport Bay Club dan Disney's Sequoia Lodge. Disney's Hotel Cheyenne dan Disney's Hotel Santa Fe turut terletak berhampiran Lake Disney, dan Disney's Davy Crockett Ranch terletak dalam kawasan hutan di luar sempadan resort.

Disneyland Paris juga merangkumi enam Hotel Bersekutu yang tidak diurus oleh Euro Disney S.C.A. tetapi menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik percuma ke taman-taman itu: iaitu Marriott's Village d'lle-de-France, Radisson BLU Hotel, Vienna International Magic Circus Hotel (dahulunya Holiday Inn Magic Circus Hotel), Vienna International Dream Castle Hotel, MyTravel's Explorers Hotel dan sebuah Kyriad Hotel.

Pengangkutan

Stesen keretapi Marne-la-Vallée - Chessy, yang berhubungan dengan rangkaian subbandar RER dan rangkaian tren berkelajuan tinggi TGV terletak di antara taman tema dan Disney Village.