Tokyo_Disneyland
Tokyo_Disneyland

Tokyo_Disneyland

Templat:TDRTokyo Disneyland (東京ディズニーランド, Tōkyō Dizunīrando) ialah sebuah taman tema berkeluasan 115 ekar (465,000 m²) di Tokyo Disney Resort yang terletak di bandar Urayasu, Wilayah Chiba, Jepun, berhampiran Tokyo. Pintu utamanya bersebelahan sekali dengan Stesen Maihama dan Stesen Tokyo Disneyland. Inilah taman Disney pertama yang dibina di luar Amerika Syarikat dan dibuka pada 15 April 1983. Taman ini dibina oleh Walt Disney Imagineering dengan gaya yang sama seperti Disneyland di California dan Magic Kingdom di Florida. Tokyo Disneyland adalah milik The Oriental Land Company, yang mendapat lesen temanya dari The Walt Disney Company. Tokyo Disneyland dan temannya Tokyo DisneySea, merupakan dua-duanya taman Disney yang bukan milik The Walt Disney Company. Taman ini dibahagikan kepada tujuh kawasan bertema yang saling melengkapi tetapi setiap satunya bergaya unik, iaitu: World Bazaar, Adventureland, Westernland, Fantasyland, Tomorrowland, Critter Country dan Mickey's Toontown. Taman ini dikenali kerana ruang terbuka yang amat luas untuk menampung keramaian pengunjung walaupun pada hari-hari kedatangan sederhana. Pada tahun 2007, Tokyo Disneyland dikunjungi kira-kira 13.9 juta pelawat, menjadikannya taman tema ketiga teramai pelawat di dunia, hanya mengekori taman-taman kembarnya di AS, iaitu Magic Kingdom dan Disneyland.[1].