DisplayPort

DisplayPort ialah sejenis antara muka paparan digital yang dibangunkan oleh VESA. Antara muka ini digunakan untuk menyambungkan sumber video dengan peranti paparan contohnya monitor komputer. Ia juga boleh digunakan untuk membawa isyarat audio, USB, serta bentuk data lain.Ia direka oleh VESA bagi menggantikan VGA, DVI dan FPD-Link. Teknologi ini masih boleh digunakan bersama VGA, DVI dan HDMI menerusi penggunaan penyesuai aktif mahupun pasif.