Biologi Dodo

Morfologi and ketidakmampuan terbang

Pada Oktober 2005, sebahagian dari Mare aux Songes, tempat paling penting dari peninggalan dodo, dipindahkan oleh suatu pasukan peneliti antarabangsa. Banyak peninggalan yang ditemui, termasuk tulang dari burung dewasa,[5] dan beberapa tulang jelas berasal dari kerangka seekor burung dan tersimpan dalam posisi aslinya.[3] Penemuan ini dipamerkan pada orang awam pada Disember 2005 di Naturalis, sebuah muzium di Leiden. Sebelumnya, beberapa spesimen yang dikaitkan dengan dodo sudah dikenalpasti, kebanyakan terdiri dari tulang-tulang berserakan. Muzium Natural History di Dublin dan di Universiti Oxford, di antaranya, mempunyai spesimen yang disusun dari peninggalan yang tidak berhubungan ini. Telur dodo dipertunjukkan di Muzium London Timur di Afrika Selatan. Sampai saat ini, peninggalan yang paling lengkap, yang dipamerkan di Museum of Natural History di Universiti Oxford, berupa sebahagian tulang kaki dan kepala yang berisi satu-satunya bahagian yang masih ada dari spesies ini.

Gambar dodo oleh Jan Savery tahun 1651 berdasar pada lukisan Roelant Savery tahun 1626, dibuat dari spesimen yang diisi - perhatikan bahawa ia mempunyai dua kaki kiri dan burung itu tampak kegemukan di tempat penangkapannya.

Sisa dari dodo terakhir disimpan di Muzium Ashmolean Oxford, tapi di pertengahan abad ke-18, spesimen itu telah benar-benar rosak dan diperintahkan untuk dibuang oleh pengarah muzium sekitar tahun 1755.

Pada bulan Jun 2007, para pengembara yang menjelajah sebuah gua di Lautan Hindi menemukan kerangka dodo yang paling lengkap dan paling tersimpan baik dibanding yang lainnya selama ini.[6]

Dari gambaran pelukis, kita tahu bahawa dodo memiliki bulu kelabu, paruh sepanjang 23 cm dengan hujung bengkok, sayap yang sangat kecil, kaki kuning yang kukuh, dan sebekas bulu kerinting di bahagian hujung belakangnya. Dodo adalah burung yang sangat besar, dengan berat sekitar 23 kg. Tulang dadanya tidak dapat menunjangnya untuk terbang; burung yang hidup di tanah ini berevolusi dengan memanfaatkan ekosistem pulau Mauritius yang tidak memiliki makhluk yang dapat memangsanya.

Gambaran tradisional dari dodo adalah burung yang gemuk dan pendek, tetapi pandangan ini telah dipertentangkan sekarang. Pendapat umum dari ilmuwan sekarang adalah bahawa lukisan lama itu menunjukkan spesimen yang ditangkap dan dimakan terlalu banyak sampai habis sume burung mati akibat kelaparan orang eropah.[7] kerana Mauritius memiliki [musim] kering dan basah, dodo kemungkinan menggemukkan diri dengan buah matang di akhir musim penghujan untuk melalui musim kemarau saat ketiadaan makanan; laporan kontemporari menyebutkan burung ini memiliki selera makan yang "rakus". Sehingga, ketika ditangkap, burung ini mudah lapar seperti orang indonesia.