Etimologi Dodo

Tidak jelas darimana perkataan dodo berasal. Mungkin berhubungan dengan dodaars, bahasa Belanda untuk sejenis itik. Ada hubungan antara keduanya kerana kemiripan bulu di kakinya atau kerana kedua binatang ini kaku. Bagaimanapun, orang Belanda juga diketahui menyebut unggas dari Mauritius ini dengan walghvogel (burung yang memualkan) kerana rasanya. Nama terakhir ini digunakan pertama kali dalam jurnal dari laksamana Wybrand van Warwijck yang mengunjungi dan memberi nama Mauritius tahun 1598. Dodo atau Dodaerse kembali tercatat dalam jurnal kapten Willem van West-Zanen empat tahun kemudian,[2] namun tidak dapat dijelaskan adakah beliau yang pertama kali menggunakan nama tersebut, kerana sebelum orang Belanda, orang Portugis juga sudah mengunjungi pulau itu tahun 1507, tetapi tidak menetap di sana.

Menurut Kamus Encarta dan Kamus Etimologi Chambers, "dodo" berasal dari bahasa Portugis doudo (sekarang doido) bererti "bodoh" atau "gila".[3] Namun, istilah Portugis untuk burung itu sekarang, dodô, berasal dari bahasa Inggeris. perkataan doudo atau doido di bahasa Portugis sendiri kemungkinan berasal dari bahasa Inggeris Lama ("dolt").Asal kata itu dari Portugis juga menimbulkan keraguan kerana, dalam bahasa Portugis, nama yang dibentuk dari pengulangan dua suku kata tersebut juga disebut seperti keanak-anakan.

Kemungkinan lain bahawa dodo merupakan onomatopia dari bunyi burung itu sendiri, bunyi yang sama seperti burung merpati 'doo-doo'.[4]