Sejarah Douglas_DC-2

Pada awal 1930-an, kebanyakkan orang takutkan perjalanan udara kerana kecelakaan sebuah pesawat Fokker yang dibina dengan kayu. Kesannya, industri aviasi Amerika menggunakan logam sebagai struktur utama pesawat. United Airlines ketika itu merupakan monopoli Boeing 247 dan pesaingnya Transcontinental and Western Air mengkehendaki sebuah pesawat binaan logam sepenuhnya.

Sebagai respon, Douglas Aircraft Company mereka DC-1. Prototaipnya mempunyai sayap menirus yang tahan lasak, berkaki lipat dan dikuasai 2 enjin Wright Radial. Ia memuatkan 12 orang penumpang.

TWA menerima rekaan asasnya tetapi membuat tempahan sebanyak 20 buah DC-2 yang dijana lebih kuasa dan memuatkan 14 orang penumpang. Rekaan ini dikagumi penerbangan Amerika dan Eropah dan hasilnya, beberapa tempahan menyusuli. Pembinaan pesawat ini bagi tempahan pelanggan Eropahnya seperti KLM, LOT, Swissair, CLS dan LAPE dibuat oleh Fokker.

Walaupun kejayaannya seringkali didahului oleh DC-3, DC-2lah yang membuktikan bahawa perjalanan udara selamat, selesa dan efisien. Sebagai penghargaan, KLM menerbangkan DC-2 pertama mereka (PH-AJU) yang diberi nama Uiver dari London ke Melbourne pada Oktober 1934. Perjalanan ini mengambil masa 90 jam 13 minit.

Sebanyak 156 DC-2 dibina oleh Douglas.