Duri_mino
Duri_mino

Duri_mino

Duri mino, dengan nama saintifik Batrachocephalus mino, ialah satu-satunya spesies keli (order Siluriformes) dalam genus Batrachocephalus bagi keluarga Ariidae.[1] Spesies ini ditemukan di perairan masin dan payau di Teluk Benggala dan bahagian barat Pasifik tengah, iaitu di perairan pesisir, muara, dan hilir sungai.[1] Ia bertaburan dari Pakistan, India, Sri Lanka, Bangladesh, Myanmar, Malaysia, Thailand, hingga ke Indonesia.[2]Ikan ini mencapai sekitar 25.0 cm (9.8 in) panjang keseluruhan.[2] B. mino memakan invertebrat dan ikan kecil. Ia ditangkap secara komersial untuk kosumsi manusia.[3]