Dynda

Dynda (juga dieja DynDa) merupakan sebuah kumpulan muzik wanita Singapura yang ditubuhkan pada 2010 apabila Cat Farish menjumpai bakat mereka di pementasan Impak Maksima The Musical di Singapura. Kumpulan ini mengetengahkan genre dance dan hip-hop.[1] Kumpulan ini mendapat inspirasi daripada kumpulan K-pop Korea Selatan, 2NE1.[2]

Dynda

Berasal dari Singapura
Pengkarya berkait Cat Farish, Ruzana Ibrahim
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman Alibi Music
Laman sesawang DynDaFanPage
Genre Hip hop, R&B, Dance
Bekas ahli Setia Vegawati Joseph @ Vega
Nurrenni Mohd Nor @ Renni
Shenthy Feliziana Sudirman @ Elly
Nur Rahila Redzuan @ Reella
Tahun aktif 2010–2015