Dōjin

Dōjin (同人, dōjin), seringkali ditulis dalam huruf-huruf Roman sebagai doujin, merupakan istilah umum dalam bahasa Jepun yang merujuk kepada sekumpulan orang atau rakan-rakan yang berkongsi minat, aktiviti, hobi atau objektif yang sama. Perkataan ini kadang-kala diterjemah dalam bahasa Inggeris sebagai clique (klik), coterie (kelompok), society (masyarakat) atau circle (misalnya, sewing circle (peminat menjahit).Di Jepun, istilah ini digunakan untuk merujuk kepada karya-karya terbitan amatur, termasuklah (namun tidak terhad kepada) manga, novel-novel, panduan peminat, keloksi seni, muzik dan permainan video. Sesetengah artis profesional mengambil bahagian sebagai suatu kaedah untuk menerbitkan bahan-bahan yang diluar skop industri terbitan biasa.