Dōjinshi
Dōjinshi

Dōjinshi

Dōjinshi (同人誌?, selalu disebut sebagai doujinshi) adalah sebuah terma Jepun terhadap hasil penerbitan sendiri, biasanya majalah, manga atau novel. Dōjinshi biasanya adalah hasil daripada amatur, walaupun begitu terdapat beberapa pakar menghasilkan karya sebigini dalam industri biasa. Terma dōjinshi diambil dōjin (同人?, secara literal "orang yang sama", yang digunakan terhadap seseorang yang mempunyai matlamat yang sama) dan shi (誌?, imbuhan yang secara umumnya bermaksud "penerbitan berkala"). Dōjinshi adalah sebahagian daripada kategori luas dōjin termasuk, tetapi tidak dihadkan kepada, koleksi seni, anime, hentai dan permainan. Kumpulan artis dōjinshi menganggap diri mereka sebagai sākuru (サークル?, circle). Kebanyakan artis di dalam circle ialah daripada perseorangan yang dipanggil kojin sākuru (個人サークル?, circle perseorangan).Dōjinshi telah dihasilkan oleh artis atau penulis yang lebih gemar menerbitkannya sendiri. Sejak tahun 1980-an, cara utama dalam menyebarkannya adalah melalui konvensyen dōjinshi, yang terbesar dipanggil Comiket (singkatan untuk "Comic Market") yang diadakan pada musim panas dan sejuk di Tokyo Big Sight. Di konvensyen itu, melebihi 20 ekar (81,000 m2) dōjinshi telah dibeli, dijual, dan ditukar sesama pengunjung. Pencipta dōjinshi yang berasaskan bahan-bahan mereka sendiri terhadap kerja-kerja pencipta lain biasanya menerbitkan dalam bilangan yang kecil untuk mengekalkan profil yang rendah dari tindakan undang-undang. Ini menjadikan komoditi pencipta berbakat atau dōjinshi dari circle didambakan kerana hanya cepat atau bertuah sahaja akan habis dijual.

Rujukan

WikiPedia: Dōjinshi http://blogs.arts.unimelb.edu.au/refractory/2006/1... http://www.authorama.com/book/free-culture.html http://www.authorama.com/free-culture-4.html http://www.corneredangel.com/amwess/papers/copyrig... http://elfgrove.deviantart.com/journal/14820980/ http://www.nationmultimedia.com/2007/07/08/lifesty... http://www.publishersweekly.com/article/CA6474900.... http://schulzlibrary.wordpress.com/2010/05/18/nipp... http://www.csuchico.edu/~mtoku/vc/Articles/toku/Wi... http://www.takamagahara.info/touhou_event_archives...