ERYX
ERYX

ERYX

Senjata ERYX adalah sejenis misil (peluru berpandu) anti-kereta kebal jarak dekat yang menggunakan sistem kawalan SACLOS (akronim untuk Semi-Automatic Command to Line of Sight atau kawalan separa automatik mengikut garis nampak). Senjata ini dihasilkan oleh syarikat MBDA. Senjata ini digunakan oleh angkatan-angkatan tentera Kanada, Perancis, Norway dan juga Angkatan Tentera Malaysia.Walaupun dihasilkan sebagai senjata anti-kereta kebal, ERYX juga boleh digunakan untuk menewaskan perkubuan seperti bunker dan kubu kecil (pillbox). Ia juga boleh digunakan untuk menembak helikopter yang terbang rendah dengan menggunakan sistem kawalan wayar.