Edgar_Degas
Edgar_Degas

Edgar_Degas

Edgar Degas (lahir Hilaire-Germain-Edgar De Gas, 19 Julai 1834 - 27 September 1917) merupakan seorang pelukis dan pengarca dari Perancis. Beliau dianggap sebagai seorang daripada pengasas Impresionisme kendatipun beliau menolak perkataan itu, dan lebih gemar digelar seorang Realis.[1] Seorang pelukis yang hebat, beliau dikaitkan dengan tarian khususnya, dan lebih daripada separuh kerjanya menampilkan para penari. Karya-karya ini mengetengahkan penguasaannya terhadap penggambaran pergerakan, sama seperti karyanya berkaitan balapan lumba kuda dan lukisan wanita bogel. Lukisan-lukisan potretnya dikenali kerana penggambaran pemencilan manusia dan psikologi yang kompleks.[2]Pada awal kerjayanya, Degas berniat menjadi seorang pelukis sejarah, menceburi bidang yang sesuai dengan latihan akademik dan pengajian mendalam terhadap seni klasik yang telah beliau harungi. Beliau menukar haluan semasa berumur 30-an dan, dengan membawa kaedah-kaedah tradisional pelukis sejarah kepada kepada subjek sezaman, beliau menjadi pelukis klasik kehidupan moden.[3]