Edward VIII (Edward Albert Christian George Andrew Patrick David; selepas itu
Putera Edward, Duke Windsor;
23 Jun 1894 –
28 Mei 1972) merupakan
Raja United Kingdom dan
Jajahan Takluk Empayar British dan
Maharaja India sejak kemangkatan ayahandanya,
George V (1910–36), pada
20 Januari 1936, sehinggalah baginda turun takhta pada
11 Disember 1936. Baginda merupakan pemerintah yang kedua dari
Kerabat Diraja Windsor, ayahandanya telah menukarkan nama keluarga diraja daripada
Saxe-Coburg-Gotha pada tahun
1917.Sebelum menaiki takhta, Edward VIII memegang gelaran Putera Edward dari York, Putera Edward dari York dan Cornwall,
Duke Cornwall,
Duke Rothesay dan
Putera Wales (kesemuanya membawa gelaran Royal Highness). Semasa muda, baginda pernah berkhidmat dalam
Perang Dunia I, melakukan lawatan ke luar negara sebagai wakil ayahandanya dan dikaitkan dengan beberapa wanita berkahwin yang lebih tua.Selepas menaiki takhta pada tahun 1936, Edward VIII mengemukakan hasrat baginda untuk berkahwin dengan kekasihnya
Wallis Simpson, seorang wanita Amerika yang sudah bercerai satu kali dan akan menceraikan suami keduanya. Perdana-perdana menteri Great Britain dan kerajaan-kerajaan Komanwel membantah perkahwinan ini kerana Wallis Simpson dianggap tidak sesuai sebagai permaisuri. Tambahan pula, perkahwinan ini bercanggah dengan kedudukan raja sebagai ketua
Gereja England yang pada masa itu tidak mengiktirafkan perceraian. Oleh sebab itu, baginda turun takhta secara sukarela selepas hanya 326 hari di atas takhta. Baginda digantikan oleh adindanya Putera Albert yang bergelar Raja
George VI.Selepas turun dari takhta, Putera Edward diberikan gelaran
Duke Windsor oleh George VI. Baginda berkahwin dengan Wallis Simpson pada 3 Jun 1937 di
Perancis. Perkahwinan ini tidak menghasilkan anak. Pada tahun 1937, baginda suami isteri mengunjungi negara
Jerman dan bertemu dengan
Adolf Hitler. Pada masa
Perang Dunia Kedua, baginda dianggap mempunyai kesimpatian terhadap
Nazisme dan dihantar ke
Bahamas sebagai Gabenor. Selepas peperangan itu, baginda dan isterinya pulang ke Perancis dan menetap di
Paris sepanjang hidupnya.