Edward_III_dari_England
Edward_III_dari_England

Edward_III_dari_England

Edward III (13 November 1312 - 21 Jun 1377) merupakan salah seorang daripada Raja Inggeris yang paling berjaya semasa Zaman Pertengahan. Edward III mengembalikan kekuasaan raja selepas bencana yang ditinggalkan daripada bapanya, Edward II, Edward III telah menukar Kerajaan England menjadi kuasa tentera yang paling berkuasa di Eropah. Pembangunan penting dalam pembangunan parlimen dan kerajaan dapat dilihat pada zaman pemerintahan baginda;secara khususnya dalam evolusi parlimen Inggeris - serta kerosakan Black Death. Pemerintahan Edward III kekal di atas takhta selama 50 tahun; tidak ada raja Inggeris telah memerintah selama itu sejak Henry III, dan tiada raja lain selepasnya sehingga George III, sebagai Raja United Kingdom.Edward telah dimahkotakan pada usia 14 tahun, berikutan kemangkatan bapanya. Apabila Edward berumur 17 tahun, beliau mengetuai satu rampasan kuasa ke atas Pemangku Raja, Roger Mortimer, dan memulakan pemerintahan baginda sendiri. Pada 1340, setelah menundukkan (tetapi bukan menakluk) Kerajaan Scotland, beliau telah mengisytiharkan dirinya sebagai waris sah ke atas takhta Perancis, yang kemudian telah memulakan Perang Seratus Tahun. Berikutan beberapa kegagalan awal, perang ini membawa kemenangan luar biasa kepada England; kemenangan di Crécy dan Poitiers membawa kepada Perjanjian Brétigny. Bagaimanapun pada tahun-tahun terkemudian, menandakan kegagalan antarabangsa dan perselisihan dalaman, disebabkan kekakuan dan keadaan kesihatan terus Edward.Walaupun Edward III merupakan seorang yang meragam, beliau mempunyai sifat belas kasihan. Beliau kebiasaanya merupakan seorang raja konvensional, cukup tertarik pada peperangan. Edward amat dihormati pada zamannya dan berabad selepas, beliau kemudian dikecam sebagai seorang pengembara yang tidak bertanggungjawab oleh sejarawan Whig. Pandangan ini berubah setelah pensejarahan moden menghargainya di atas pencapaiannya yang banyak.