Edward_Said
Edward_Said

Edward_Said

Edward Wadie Saïd (Sebutan Arab: [wædiːʕ sæʕiːd] Bahasa Arab: إدوارد وديع سعيد‎, Idwārd Wadīʿ Saʿīd; 1 November 1935 – 25 September 2003) ialah seorang warga negara Amerika Syarikat keturunan Palestin. Beliau merupakan ahli teori penulisan, dan profesor Bahasa Inggeris dan Perbandingan Sastera di Universiti Columbia, Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan salah seorang pengasas bidang kritikan pascakolonialisme[1]Saïd seorang Palestin yang dilahirkan di Baitulmuqaddis (pada masa itu digelar Palestin Mandat British),[2] dan memegang pasport AS melalui bapanya, seorang Arab Palestin beragama Kristian Protestan yang juga seorang warganegara AS.Said penyokong kuat hak asasi orang Palestin dan digelar suara terkuat bangsa Palestin oleh pengulas dan wartawan, Robert Fisk[3]Sebagai seorang pengkritik budaya yang berpengaruh, ahli akademik, dan penulis,[4][5] Edward Saïd amat dikenali sebagai pengarang bukunya Orientalisme (1978), satu analisis kritis terhadap idea-idea yang menjadi asas Orientalisme — kajian tamadun Barat terhadap kebudayaan Timur. [6][7] Beliau menyaran serta menyatakan bahawa kesarjanaan Orientalis telah, dan masih, berkait kuat dengan masyarakat imperialis yang menjana kajian-kajian tersebut sehinga menjadikan hasil kajian satu kerja politik yang tunduk kepada kuasa, dan dengan itu, dari segi intelek, amat dikhuatiri kewibawaannya. Dari segi teori, Orientalisme didasarkan atas pengetahuan mendalamnya tentang penulisan kesusasteraan kolonial, seperti cereka yang dikarang Joseph Conrad, serta teori-teori pasca-strukturalisme Michel Foucault, Jacques Derrida, dan ahli falsafah lain; justeru, Orientalisme, dan karya yang bertema serupa, menjadi berpengaruh dalam bidang-bidang berkaitan ilmu kemanusiaan (humanities), khususnya bidang teori kesusasteraan dan kritikan penulisan. Lebih daripada itu, Orientalisme menjadi sangat berpengaruh dalam bidang kajian Timur Tengah, dalam mana ia mengubah perbincangan kesarjanaan – bagaimana mereka memeriksa, memeri dan mendefinisikan budaya-budaya Timur Tengah.[8] Sebagai seorang cendekiawan, Edward Saïd bersungguh-sungguh membincang dan membahaskan tajuk-tajuk kebudayaan dalam kajian Orient. Namun demikian, beberapa sarjana tidak bersetuju akan tesisnya dan beliau sering kali berbahas dengan mereka, terutamanya Bernard Lewis, orientalis British–Amerika kelahiran Yahudi.[9]

Edward_Said

Pekerjaan Profesor Bahasa dan Kesusasteraan
Terkenal kerana Sumbangan kepada Ilmu Kemanusiaan,
Kesusateraan, dan Kajian Orient.
Buku Orientalisme
Warganegara Amerika Syarikat
Kelahiran Baitulmuqaddis