Eira Syazira
Eira Syazira

Eira Syazira

Syazira binti Shuhaimi atau lebih dikenali sebagai Eira Syazira (lahir 19 Julai 1984) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2004.[1][2]Menerima pujian sebagai salah seorang pelakon wanita Malaysia yang paling berbakat, Eira telah membintangi lebih daripada ratusan drama dan telefilem serta membintangi empat filem dan terlibat dalam dua pementasan teater. Beliau mencapai kejayaan tersendiri menerusi drama termasuk Meniti Bara dan Ku Milikmu dan filem termasuk Ngangkung dan Aku Bukan Tomboy. Bakatnya dalam dunia hiburan tempatan juga bertambah kukuh apabila beliau bergiat aktif dalam bidang muzik dengan melancarkan album pertama Di Hati Ini pada Julai 2011 yang mempertaruhkan lagu "Istana Cinta" yang menjadi lagu tema drama lakonannya Cinta Balqis. Sebagai pengacara, Eira merupakan pengacara bersama rancangan keibubapaan Pa&Ma.[3]Pada April 2018, beliau mengumumkan akan berhijrah ke Indonesia bagi memulakan kerjaya antarabangsanya.[4][5]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Eira Syazira http://www.budiey.com/eira-syazira-insaf-dalam-dra... http://www.budiey.com/eira-syazira-muncul-dengan-a... http://www.budiey.com/filem-aku-bukan-tomboy-selon... http://www.imdb.com/name/nm4153695/ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/eira-syazira... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/eira-syazira... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/eira-syazira... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt...