Australia mempunyai
ekonomi campuran gaya barat yang kaya, dengan
KDNK per kapita yang lebih tinggi sedikit daripada
United Kingdom,
Jerman dan
Perancis dari segi
pariti kuasa beli. Negara ini ditempatkan ketiga dalam
Indeks Pembangunan Manusia 2005 oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan keenam dalam indeks kualiti hidup sedunia 2005 oleh
The Economist. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, ekonomi Australia telah mudah pulih ketika menghadapi kemerosotan ekonomi sejagat. Kenaikan keluaran di dalam ekonomi dalam negara berupaya mengimbangi kemerosotan sejagat, dan keyakinan perniagaan dan pengguna masih tegap. Isu-isu terkini yang membimbangkan sesetengah ahli ekonomi adalah
defisit akaun semasa yang tinggi serta tahap-tahap hutang asing bersih yang dipinjam oleh sektor swasta.Pada dekad 1980-an,
pentadbiran Hawke memulakan proses pembaharuan ekonomi melalui
pengapungan dolar Australia pada tahun 1983, serta pembatalan kawal selia sistem kewangan.
[1] Sejak tahun 1996, kerajaan Howard telah meneruskan proses pembaharuan mikroekonomi, termasuk
pembatalan kawal selia separa pasaran buruh dan penswastaan perniagaan-perniagaan milik kerajaan, khususnya industri
telekomunikasi.
[2] Pembaharuan sistem cukai tak langsung yang cukup besar dilaksanakan pada Julai 2000, dengan pengenalan 10%
Cukai Barangan and Perkhidmatan yang dapat mengurangkan sedikit pergantungan kepada cukai pendapatan perseorangan dan cukai pendapatan syarikat yang masih mencirikan sistem cukai Australia.Ekonomi Australia tidak pernah mengalami
kemelesetan sejak awal dekad 1990-an. Pada Julai 2006, kadar
pengangguran adalah 4.8%, dengan 10,223,300 orang bekerja.
[3] Sektor perkhidmatan dalam ekonomi, termasuk pelancongan, pendidikan, dan perkhidmatan kewangan, terdiri daripada 69% KDNK.
[4] Pertanian dan sumber alam terdiri daripada 3% dan 5% KDNK tetapi merupakan antara sebab
prestasi eksport Australia yang kukuh. Pasaran-pasaran eksport Australia yang terbesar termasuk
Jepun,
China,
Amerika Syarikat,
Korea Selatan, dan
New Zealand.
[5]Secara tradisi, ketiadaan industri pengeluaran berorientasi eksport telah dianggap sebagai suatu kelemahan utama ekonomi Australia. Baru-baru ini, kenaikan harga-harga komoditi eksport Australia dan pertumbuhan pelancongan telah mengurangkan kritikan itu pada setakat tertentu. Walau bagaimanapun, Australia telah mencapai defisit akaun semasa yang ketiga terbesar di dunia secara mutlak (melebihi 7% KDNK secara perbandingan). Ini telah dianggap menyusahkan oleh sesetengah ahli ekonomi, terutamanya kerana perkembangan ini berbetulan dengan harga tinggi untuk barang-barang eksport Australia serta kadar faedah yang rendah yang mengekalkan kos bayar balik hutang asing pada tahap yang begitu rendah.
[6]