Ekonomi_Jerman
Ekonomi_Jerman

Ekonomi_Jerman

Jerman ialah ekonomi terbesar di Eropah, ketiga terbesar di dunia dari segi KDNK dan kelima dari segi kuasa membeli.[1] Pertumbuhan ekonomi pada tahun 2007 dicatatkan sebanyak 2.4% dan dijangka akan mengekalkan tahap ini pada tahun-tahun berikutnya.[2] Sejak Era Industrialisasi, negara ini telah menjadi penggerak, pereka dan penerima faedah sebuah ekonomi yang lebih terbuka. Pengeksportan barangan buatan Jerman adalah faktor utama kekayaan negara ini. Jerman ialah negara pengeksport terbesar di dunia dengan jumlah dagangan mencecah €969.1 bilion pada tahun 2007 (termasuk kawasan Euro) dan menghasilkan lebihan dagangan bernilai €159 bilion.[3] Sektor perkhidmatan pula menyumbang sekitar 70% daripada keseluruhan KDNK, berbanding perusahaan sebanyak 29.1% dan pertanian sebanyak 0.9%. Kebanyak produk keluaran negara ini ialah dalam bidang kejuruteraan, khususnya automobil, jentera, logam dan barangan kimia.[4] Jerman juga merupakan negara pengeluar terbesar dunia bagi teknologi turbin angin dan tenaga suria.[5] Beberapa perhimpunan dan pameran dagangan dunia tahunan terbesar diadakan di beberapa buah bandar raya Jerman seperti Hanover, Frankfurt dan Berlin.Di kalangan syarikat yang disenaraikan di bursa saham terbesar di dunia mengikut pulangan, iaitu Fortune Global 500, 37 daripadanya berpangkalan di Jerman. Sepuluh terbesar adalah Daimler, Volkswagen, Allianz (syarikat paling untung), Siemens, Deutsche Bank, E.ON, Deutsche Post, Deutsche Telekom, Metro dan BASF.[6] Di kalangan majikan terbesar pula antaranya ialah Deutsche Post, Robert Bosch dan Edeka[7] Jenama terkenal dunia pula ialah Mercedes Benz, SAP, BMW, Adidas, Siemens, Porsche, Volkswagen dan Deutsche Bank.[8]Jerman adalah negara yang memperjuangkan kesepaduan ekonomi dan politik dalam Eropah, dan dasar komersilnya acapkali ditentukan oleh perjanjian dengan ahli-ahli EU dan perundangan pasaran tunggal EU. Jerman menggunakan matawang bersama Eropah, iaitu euro, dan dasar kewangannya ditentukan oleh Bank Pusat Eropah di Frankfurt. Selepas penyatuan semula Jerman pada tahun 1990, taraf hidup dan pendapatan tahunan masih kekal lebih tinggi di negeri-negeri Jerman Barat.[9] Pemodenan dan integrasi ekonomi Jerman Timur masih berterusan sebagai satu proses jangka panjang yang dijadualkan sehingga tahun 2019, dengan perpindahan tahunan daripada barat ke timur menelan belanja sebanyak $80 bilion. Kadar pengangguran keseluruhan telah turun dengan konsisten sejak tahun 2005 dan mencecah rekod terendah dalam 15 tahun pada bulan Jun 2008 dengan 7.5%.[10] Peratusan ini meliputi purata 6.2% di Jerman Barat dan 12.7% di Jerman Timur. Kerajaan sebelum ini di bawah Canselor Gerhard Schröder telah melancarkan satu rancangan yang menyeluruh bagi memperbaharui pasaran buruh dan institusi-institusi kebajikan. Kerajaan masa kini pula menjalankan dasar fiskal yang ketat dan telah memotong pekerjaan biasa di dalam sektor awam dengan tujuan mendapatkan belanjawan seimbang pada tahun 2008.[11]

Rujukan

WikiPedia: Ekonomi_Jerman http://money.cnn.com/magazines/fortune/global500/2... http://money.cnn.com/magazines/fortune/global500/2... http://www.millwardbrown.com/Sites/Optimor/Media/P... http://www.bahn.de/international/view/en/mobility/... http://www.destatis.de/jetspeed/portal/cms/Sites/d... http://www.destatis.de/jetspeed/portal/cms/Sites/d... http://www.spiegel.de/international/germany/0,1518... http://www.spiegel.de/international/spiegel/0,1518... http://www.tagesschau.de/wirtschaft/arbeitslosenza... http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=06...