Gerhard_Schröder
Gerhard_Schröder

Gerhard_Schröder

Gerhard Schröder (lahir pada 7 April 1944 di Mossenberg, Niedersachsen) adalah Canselor Jerman untuk tempoh 1998-2005. Bapanya, Fritz Schröder ditembak mati pada 4 Oktober 1944 bersama lapan ahli pasukannya yang lain di zaman pemerintahan Adolf Hitler. Ketika itu mereka cuba melarikan diri dari desa Ceanu Mare setelah mendapat serangan tentara Romania. Peristiwa itu terjadi ketika beliau berusia enam bulan. Sejak peristiwa itu, ayahnya hanyalah tinggal nama bagi beliau. Bahkan, pusaranya juga tidak pernah diketahui. Pusara itu hanya ditemui setelah Gunhild Kamp-Schröder terus berusaha mengesan ayah mereka dengan bantuan Palang Merah Antarabangsa. Hidup di dalam kemiskinan menjadi riwayat masa kecilnya. Ibunya terpaksa bekerja sebagai pembersih rumah untuk menyara lima anak. Masa kecil Schröder penuh dengan kesusahan. Setelah selesai sekolah rendah, pada umur 14 tahun, beliau mulai mengenal dunia kerja. Mulanya menjadi penjaga kedai selama tiga tahun (1959 - 1961), kemudian menjadi pekerja di bidang pembinaan sebagai pekerja kurang mahir. Ketika beliau bekerja di sektor pembinaan, Schröder bersekolah malam dan mendapat kelulusan untuk meneruskan pangajian tinggi pada tahun 1964 dalam bidang undang-undang.Beliau lulus pada ujian peringkat pertama undang-undang di Universiti Göttingen tahun 1971, sebelum akhirnya mendapat kelayakan peguam pada tahun 1976. Beliau berkhidmat sebagai peguam bebas dari tahun 1978 - 1990 di Hannover.

Gerhard_Schröder

Lahir Gerhard Fritz Kurt Schröder
(1944-04-07) 7 April 1944 (umur 75)
Blomberg, Negara Bebas Lippe, Jerman
Timbalan Gerhard Glogowski
Didahului oleh Kawasan pentadbiran ditubuhkan
Tandatangan
Alma mater Universiti Göttingen
Pasangan Eva Schubach (k. 1968; c. 1972)
Anne Taschenmacher (k. 1972; c. 1984)
Hiltrud Hampel (k. 1984; c. 1997)
Doris Köpf (k. 1997; c. 2018)
So-Yeon Kim (k. 2018)
Digantikan oleh Dietmar Kansy
Kawasan pilihan raya Party list
Parti politik Parti Demokrat Sosial Jerman
Anak-anak 2
Presiden Roman Herzog
Johannes Rau
Horst Köhler
Naib Kanselor Joschka Fischer
Setiausaha Agung Franz Müntefering
Olaf Scholz