Horst_Köhler
Horst_Köhler

Horst_Köhler

Horst Köhler ( dengar (bantuan·maklumat), lahir pada 22 Februari 1943, juga Horst Koehler) ialah seorang ahli politik Jerman daripada parti Kesatuan Demokratik Kristian (CDU) ,ahli ekonomi dan bekas Presiden Jerman (2004-2010).Koehler dilantik setelah menang tipis oleh Bundesversammlung (Majlis Perhimpunan Persekutuan) pada 23 Mei 2004 dan kemudianya mengangkat sumpah jawatan pada 1 Julai 2004. Sebelum pemilihannya ini, Koehler cemerlang dalam perkhidmatan awam, eksekutif perbankan dan ekonomi. Beliau mengetuai Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) (200-2004) dan Presiden Bank Eropah untuk Rekonstruksi dan Pembangunan 1998-2000.[1]Secara perbandingan kuasa presiden kurang berkesan berbanding Canselor Jerman. Namun seorang presiden yang berpengaruh dan mendesak kuasa presiden ditambah.Pada 31 Mei 2010, beliau meletak jawatan selepas kontroversi misi 4500 tentera Jerman dalam pasukan NATO di Afghanistan menghadapi pemberontakan Taliban. Beliau setuju membawa pulang tentera mulai 2011 .