Ekonomi Thailand bergantung kepada
eksport yang merupakan 60% daripada
KDNK.
Kadar pertukaran asing mencapai 37.00/AS$1 (KDNK: $7.3
trilion baht) pada
26 Oktober 2006, dengan KDNK nominalnya di lingkungan AS$200
bilion pada kadar pasaran. Ini mengekalkan Thailand sebagai ekonomi kedua terbesar di
Asia Tenggara selepas
Indonesia, suatu kedudukan yang dipegangnya selama banyak tahun. Pemulihan Thailand daripada
Krisis Kewangan Asia 1997-
98 bergantung kepada
eksport, khususnya permintaan luar
Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran asing yang lain.
Thaksin Shinawatra yang mengambil alih kerajaan pada Februari
2001 bertujuan untuk merangsangkan permintaan dalam negeri dengan mengurangkan pergantungan Thailand kepada
perdagangan luar negeri serta
pelaburan asing. Bagaimanapun sejak dari masa itu, pentadbiran Thaksin telah menghalusi perutusan ekonominya, dan kini merangkumi dasar ekonomi "laluan kembar" yang menggabungkan rangsangan dalam negeri dengan penggalakan tradisional pasaran terbuka serta pelaburan asing. Dasar-dasar ini umumnya dikenali sebagai
Thaksinomi. Permintaan eksport yang lemah mengakibatkan KDNK bertumbuh pada kadar 1.9% pada tahun
2001. Bagaimanapun pada tahun
2002-
3, rangsangan dalam negeri dan pemulihan eksport menghasilkan prestasi ekonomi yang lebih baik, dengan pertumbuhan KDNK sebenar masing-masing mencatat 5.3% dan 6.3%.